Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak


Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gong Badak , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak
Lencana Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.png
Lokasi
Jalan Gong Badak,, Kuala Terengganu,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan24 Januari 1999
Nombor sekolah6096672472
Kod sekolahTBA3096[1]
Guru besarPn Shumaisah binti Ab Ghani
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Mustaffa bin Yusuff
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Siti Salwana binti Halim
SingkatanSKKGB
Kemasukan7 - 12 tahun
Faks6096664019
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak memiliki 500 pelajar lelaki dan 494 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 994 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

SejarahSunting

Pada 16 Disember 1998 Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohamed yang ketika itu sedang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu telah datang melapor diri di sekolah ini. Pada masa itu keadaan fizikal sekolah ini telah siap sepenuhnya. Cuma perabot dan kelengkapan lain masih belum tersedia. Kelengkapan tersebut dihantar ke sekolah secara berperingkat-peringkat.

Seterusnya pada 23 Disember 1998, Encik Samsudin bin Alias iaitu Pembantu Tadbir ( N9 ) datang melapor diri bersama Encik Saide bin Sidek sebagai Pembantu Am Rendah ( PAR ). Seterusnya diikuti pula pada 27 Disember 1998, Encik Besar bin Embong melapor diri sebagai Pengawal Keselamatan Sekolah dan akhirnya pada 30 Disember 1998 seramai 15 orang guru telah datang melapor diri untuk bertugas di sekolah ini.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 24 Januari 1999 dengan bilangan murid seramai 530 orang iaitu dari tahun 1 hingga 5. Sebelum kedatangan murid ke sekolah ini, guru-guru dan staf sokongan telah bergotong-royong membuat persiapan bilik darjah dan persiapan fizikal yang lain. Seterusnya pada 26 Januari 1999 satu Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah diadakan di bilik mesyuarat sekolah dan dihadiri oleh Encik Abd. Hamid bin Abd. Rahman ( Jurutera Daerah ), Encik Mohd Najib dari JPN Terengganu, Tuan Haji Zaid bin Chik dari PPD Kuala Terengganu dan wakil-wakil JKR, JPN serta PPD turut hadir bersama.


AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak
Jalan Gong Badak , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096672472
Fax = 6096664019

AnugerahSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting

  • Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak
  • [0=68.ARCIEPYcI8Zq444oYvW792DLpztgNixa75OYpt-75120juweJwfVeG33-EdesbCLd3Lw_zYSkaxL8awx3yXUxbduEOgFsit5pBth3plZt_kwLe1y_nLaXbkW8vPdGeTSYLLAc3mGZslPfdgxzdXLcQ217oORhMITKA5r2XSkcr3vdHL7OFu0wF-jEBv8IWdbg-1i0EspoJ5lBkZeQYaCmwumYY5mjN3Uzr1EpTYBnEl73QU7tyUQnm4d4211xZILfyhUIULmNNxgwyHZ11LOsimZaINWcPCQcedsAOPR&__tn__=kC-R Facebook Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak]