Sekolah Kebangsaan Kuala Besut

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Besar , Besut , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut
Lokasi
Jalan Besar,, Besut, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah96919382
Kod sekolahTBA0005[1]
Guru besarPn Hjh Norhayati Bt Chik
Faks96919382
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut memiliki 314 pelajar lelaki dan 299 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 613 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut mula didirikan pada tahun 1926. Guru Besar pertama yang bertugas di sekolah ini ini ialah Encik Mohd Jaya Bin Panglima Kahar. Beliau berasal dari Negeri Perak Darul Redzuan. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Umum Kuala Besut. Ianya terletak di atas sebuah tapak yang kini merupakan tapak Balai Polis Kuala Besut. Ketika awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai tiga buah bangunan atap yang berlantaikan tanah.

Kemudian ditambah dengan empat buah lagi bangunan kayu sebagai menampung keperluan yang semakin bertambah. Selepas beberapa tahun, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Melayu Kuala Besut. Pada tahun 1966, sekolah ini telah dipindahkan dari tapak lama ke tapak baru (lokasi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut sekarang). Mulai tarikh tersebut Sekolah Kebangsaan Kuala Besut telah berkembang dengan baik. Banyak kejayaan yang dicapai dalam pelbagai bidang.

Jumlah murid yang belajar di SK Kuala Besut pada ketika itu adalah 200 orang. Ekoran daripada perkembangan ekonomi yang seiring dengan pertumbuhan penduduk, maka muncullah masalah kekurangan tempat untuk murid-murid belajar. Masalah ini semakin meruncing. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut memerlukan bangunan tambahan bagi melengkapkan prasarana agar murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa dan berkesan.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut
Jalan Besar , Besut , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 96919382
Fax = 96919382

Rujukan sunting

Pautan luar sunting