Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II

Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II sunting

Alamat: [1]

22300 KUALA BESUT, TERENGGANU


Tel:96902354

Fax:96902355

Pembukaan dan Perasmian Sekolah sunting

Pada tanggal 01 Januari 1989 bersamaan 23 Jamadil Awal 1409, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II mula ditubuhkan sebagai sebuah institusi pendidikan rendah persekutuan. Sebagai permulaan, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II menumpang dua blok bangunan satu tingkat Sekolah Kebangsaan Kuala Besut. Enrolmennya pula terdiri daripada pecahan murid-murid dari tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Besut.[2]

Pada awalnya, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II melestarikan sejumlah 18 aliran, dengan bilangan enrolmen seramai 726 orang murid. Proses pengajaran dan pembelajaran diimplimentasikan dalam dua sesi, iaitu 09 aliran pada sebelah pagi manakala 09 aliran lagi pada sebelah petang. Kedua-dua sesi ini masing-masing melibatkan 361 orang murid pada sebelah pagi dan 365 orang murid pula pada sebelah petang.

En. Abu Bakar bin Awang telah menjawat jawatan Guru Besar yang pertama, dengan dibantu oleh En. Ismail bin Ibrahim yang mengisi jawatan Guru Penolong Kanan. Tenaga pengajar pada ketika ini seramai 29 orang termasuk pihak pentadbir. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II turut diisi oleh seorang guru yang mengajar murid-murid di kelas pemulihan. Seorang kerani telah ditempatkan di sekolah ini untuk menyempurnakan rutin di pejabat.

Entiti Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II sebagai institusi pendidikan yang dinamik semakin terserlah apabila pada 02 Disember 1990, sebuah penempatan baru dibina secara terpisah dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, yang sebelum ini pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II terpaksa berkongsi pejabat, bangunan serta kawasan dengan jiran tradisi itu. Lokasi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II yang baharu terletak di kawasan yang strategik, di antara dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.

Rujukan sunting

  1. ^ Alamat.[1],
  2. ^ Laman Rasmi SKKB II.pembukaan dan perasmian sekolah,