Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang

Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang atau nama ringkasnya SK Kuala Dipang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kuala Dipang.

Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang
Lokasi
 Malaysia Kuala Dipang, 31850, Jeram,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054775632
Kod sekolahABA2024
Faks6054775632


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang memiliki 146 pelajar lelaki dan 159 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 305 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang (SK Kuala Dipang) terletak di Kampong Kuala Dipang, Jeram, Perak. Terletak di tebing Sungai Dipang yang akhirnya bercantum dengan Sungai Kampar tidak jauh daripada kawasan sekolah ini. Penduduk-penduduk adalah terdiri daripada keluarga DiRaja dan juga pendatang sumatera.

Sejarah bermulanya SK Kuala Dipang pada tahun 1888 dengan terdirinya sebuah bangunan kayu beratapkan rumbia,berdindingkan papan dan berlantaikan tanah. Didalam bangunan yang berukuran 50×30 kaki persegi inilah bermulanya persekolahan secara formal di Kuala Dipang. Mempunyai 68 orang murid dan dikelolakan oleh dua orang guru iaitu Encik Hassan Aceh sebagai Guru Besar dan Encik Mohd Ali b Abd Kadir sebagai penolongnya dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Kuala Dipang.

Semasa meletusnya Perang Pasifik, sekolah ini telah di tutup kerana diduduki oleh tentera British pada akhir tahun 1941 bagi menentang kemaraan tentera Jepun. Setelah Jepun menduduki Tanah Melayu, sekolah ini dibuka. Tamatnya Peperangan Dunia Kedua telah membawa banyak perubahan kepada orang Melayu pada keseluruhanya. Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Kuala Dipang menjadi pusat Darjah Enam bagi daerah ini. Sekolah ini juga telah mangadakan sambutan 100 tahun penubuhannya pada 13 November 1994

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang
Kuala Dipang
31850, Jeram
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054775632
Fax = 6054775632

Pautan luar sunting