Sekolah Kebangsaan Kuala Gula

Sekolah Kebangsaan Kuala Gula atau nama ringkasnya SK Kuala Gula, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kuala Gula.

Bangunan sekolah
SK Kuala Gula
Lokasi
https://goo.gl/maps/nXnxY8oMD4tNSo2t7
Kuala Kurau, Kerian, Perak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSK- Sekolah Kebangsaan
Moto"SEGULAAN, Kami Excellent"
Nombor sekolah058900021
Kod sekolahABA 3038
Pengerusi PIBGEn. Zairi bin Mat Arshad (2022)
Guru besarEn. Azmi bin Sadar
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Ahamad Fasial bin Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Siti Normala bt Adris
Penolong Kanan KokurikulumEn. Muhammad Fahmi bin Mahamod
Laman sesawang


Sejarah sunting

Pada tahun 1986 Tuan Haji Hassan Bin Abdullah PMP.,AMP., Pegawai Daerah Kerian dan Tuan Haji Ismail Bin Salleh AMP., PPT. Pegawai Pelajaran Daerah Kerian telah berusaha mewujudkan sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Gula. Pada 8 Februari 1987 bangunan Sekolah Kebangsaan Kuala Gula mula didirikan melalui peruntukan Projek Gotong Royong Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kos RM 50,000.00 bagi penyediaan 4 bilik darjah. Pada 28 Mac 1987 bangunan sekolah ini telahpun disiapkan. Pada 21 April 1987 seramai 35 orang murid telah mula belajar di sekolah ini dengan tenaga pengajar seramai 4 orang guru. Murid-murid ini terdiri daripada bekas murid SK Seri Pinang, SJK(T) Ladang Gula, SJK(C) Yuk Hwa dan SK Kuala Kurau.

SK Kuala Gula diletakkan di bawah Cawangan SK Seri Pinang 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak. Tuan Haji Abdul Rahim Bin Haji Omar sebagai Guru Besar SK Seri Pinang membuat penyeliaan di sekolah ini sekali dalam seminggu. Encik Mohayiddin Bin Hasim dilantik sebagai Penyelia Sekolah ini sehinggga 15 November 1987.

Pada 1 Januari 1988 Encik Ghazali Bin Kasim telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Dengan ini SK Kuala Gula tidak lagi menjadi cawangan kepada SK Seri Pinang.

Pada 10 Mac 1988 Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan melalui Projek Gotong Royong berjumlah RM 25,000.00 untuk membina 2 unit rumah guru.

Pada 12 September 1989 kerja-kerja membina dan menyiapkan bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin kekal telah dimulakan di bawah peruntukan Projek Bank Dunia Ke Sepuluh dengan kos RM 823,751.70 dan penyerahan dibuat pada 7 Desember 1992.

Dari masa ke semasa jumlah murid dan guru telah bertambah secara perlahan-lahan. Sehingga kini jumlah guru adalah seramai 14 orang, seorang PTR dan seorang PRA telah berkidmat untuk murid seramai 140 murid termasuk murid Pra Sekolah.

Visi Sekolah sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah Sekolah sunting

Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui pertumbuhan jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk mencapai falsafah tersebut maka prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:

1. Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,

2. Mentaati tatasusila profesion perguruan,

3. Memahami insan boleh dididik,

4. Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan

5. Segala usaha ditumpukan kepada murid.

Moto Sekolah sunting

""Segulaan, Kami Excellent"

Carta Organisasi sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Gula
Kuala Gula
34350, Kuala Kurau
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058900021
Fax = 6058900021

Gambar sunting

 
Student activities using whiteboard
 
Morning assembly
 
Program Guru Penyayang
 
Sports Day Committee Members

Pautan luar sunting

Laman Web Rasmi Sekolah (Versi Google Site) : http://segulaan.net

Kemaskini sunting

Cikgu Daim - 13 Jun 2019