Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi


Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi atau nama ringkasnya SK Kuala Linggi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 50 Kuala Linggi.

Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi
Lokasi
Km 50 Kuala Linggi, 78200, Kuala Sungai Baru,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCekap, Cepat, Tepat
Nombor sekolah+6063877510
Kod sekolahMBA0008
Guru besarEncik Ibrahim Bin Daud
Faks+6063877510
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi terletak berhampiran dengan Akademi Laut Malaysia dan bersebelahan dengan laut.

Sejarah sunting

SK.Kuala Linggi terletak bersempadan antara negeri Melaka dan negeri Sembilan. Jarak antara SK. Kuala Linggi dengan bandar Melaka ialah kira-kira 55 kilometer.Luasnya kira-kira 3.41 ekar. Sekolah ini mula didirikan oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1884 bertempat di batu 31 1/2, Kuala Linggi dan merupakan sekolah Melayu pertama. Sekolah ini dipanggil sebagai Sekolah Atap. Guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini ialah Cikgu Tahir. Beliau berasal daripada Kampung Paya Rumput Masjid Tanah, Melaka.

Sekolah berukuran separuh kekal telah didirikan pada 1904 bagi menggantikan Sekolah Atap. Sekolah berukuran 40'x30' telah dibangunkan di batu 31 1/2, Kuala Linggi. Sekolah ini boleh menampung kira-kira 60 orang murid sahaja pada masa tersebut. Pada tahun 1948, dengan kerjasama semua guru dan ibu bapa, bangunan sementara Sekolah Atap telah didirikan yang mengandungi 6 buah bilik darjah.

Pada tahun 1952, sebuah sekolah separuh kekal telah didirikan bertempat di batu 31, Kuala Linggi di atas tanah lot 735 dengan keluasan kira-kira 6 ekar. Bangunan sekolah berukuran 270'x 20' termasuk dewan berbentuk huruf U yang mengandungi 6 buah bilik darjah. Sekolah ini mempunyai kemudahan asas seperti padang permainan yang dibina oleh Guru Besar sekolah pada masa itu iaitu Tuan Hj. Mohd. Shah bin Haji Maarof. Keluasan padang ialah 100' x 50'. Pembinaannya siap pada bulan Disember 1962.

Pada tahun 1973, sebuah lagi bangunan sekolah yang mengandungi 2 buah bilik guru serta 1 buah bilik Guru Besar telah dibina.

Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan sekolah yang telah didirikan secara gotong-royong bagi menampung kekurangan bilik darjah. Bangunan tersebut bernila RM 38,000 dan mengandungi 3 buah bilik darjah.

Pada tahun 1992, sebuah lagi bangunan sekolah dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah serta beberapa buah bilik khas telah dibina. Sekolah batu dua tingkat telah dibina menerusi peruntukan kerajaan pusat bernilai kira-kira RM 1.5 juta. Penyerahan bangunan baru ini dilakukan pada 22 Mei 1992. Jumlah murid pada ketika itu ialah 283 orang serta mengandungi 11 aliran.

Pada tahun 1999, dua buah bangunan telah dibina iaitu sebuah surau dan sebuah bangunan Kemahiran Hidup. Bangunan surau telah dibina atas sumbangan orang ramai. Keluasan surau ialah 40' x 40' dan keluasan bilik Kemahiran Hidup ialah sebesar bilik darjah.

Pada tahun 2001, sebuah bangunan makmal komputer telah didirikan bersebelahan padang SK. Kuala Linggi. Sekolah ini turut memiliki sebuah bangunan pra sekolah yang menngandungi sebuah kelas pra sekolah bagi murid berusia 5 dan 6 tahun.

Pada tahun 2010, SK. Kuala Linggi menambah aliran kelas Pendidikan Khas masalah pembelajaran yang bermula dengan hanya sebuah kelas. Aliran kelas Pendidikan Khas ini terletak di rumah guru yang terletak dalam kawasan SK. Kuala Linggi.

Pada tahun 2011, bilangan kelas Pendidikan Khas telah bertambah kepada dua kelas dengan bilangan guru yang mengajar Pendidikan Khas seramai 3 orang dan seorang pembantu wanita.

Pada tahun 2012, bilangan kelas Pendidikan Khas telah bertambah kepada tiga kelas mengikut pertambahan bilangan murid seramai 18 orang dan pertambahan seorang pembantu lelaki.

Istimewanya, SK. Kuala Linggi memiliki murid pra sekolah berusia antara 5 hingga 6 tahun, murid Pendidikan Khas berusia antara 7 hingga 13 tahun, dan murid aliran perdana berusia antara 7 hingga 12 tahun. Kesemuanya terletak dalam satu kawasan sekolah yang berpagar, belajar bersama, dan bergaul bersama tanpa mengira usia, personaliti seseorang, sifat seseorang, dan berkongsi kemudahan sekolah bersama-sama.

Pada bulan Oktober tahun 2014, sebuah bangunan baru di atas tapak bangunan Pendidikan Khas yang lama telah siap dibina dengan segala kemudahan dan keperluan bagi murid-murid berkeperluan khas.

Pencapaian sunting

Kurikulum

Peperiksaan Sebanyak 5 buah matapelajaran iaitu Bahasa Malaysia Kefahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains dinilai dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mengetahui tahap keupayaan seseorang murid selama 6 tahun bersekolah di sekolah rendah di Malaysia.

Pada tahun 2007, sebanyak 70.6 % murid tahun 6 (usia 12 tahun) telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun 2008, sebanyak 58.2 % murid tahun 6 telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun 2009, sebanyak 64.8 % murid tahun 6 telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun 2010, sebanyak 53.5 % murid tahun 6 telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun 2011, sebanyak 88.6 % murid tahun 6 telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun 2012, sebanyak 65 % murid tahun 6 telah lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

j-QAF

SK. Kuala Linggi mula dengan program j-QAF pada tahun 2007. j-QAF ialah j-jawi, Q- Al-Quran, A- Bahasa Arab, dan F- Fardhu Ain. SK. Kuala Linggi berjaya menghasilkan murid-murid yang boleh membaca Al-Quran sebelum mereka menjejakkan kaki mereka ke sekolah menengah. Murid-murid SK. Kuala Linggi juga mampu bertutur asas Bahasa Arab dengan baik. Mereka juga mampu menulis dan membaca tulisan jawi dengan baik dan cantik. Murid-murid ini turut diajar asas Fardhu Ain seperti solat wajib 5 waktu dan bersuci.

Pendidikan Khas

Murid-murid Pendidikan Khas juga hebat dalam bacaan Al-Quran. Salah seorang murid Pendidikan Khas SK. Kuala Linggi berjaya mewakili membaca ayat-ayat suci Al-Quran sehingga peringkat negeri.

Kokurikulum

Sukan

Kehebatan SK. Kuala Linggi terserlah dalam permainan bola sepak dan bola jaring dan terkenal antara sekolah-sekolah yang berhampiran dan satu kawasan dengan SK. Kuala Linggi.

Kehebatan murid Pendidikan Khas SK. Kuala Linggi juga terserlah sehingga berjaya mewakili sehingga peringkat kebangsaan dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan untuk murid-murid Pendidikan Khas.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi
Km 50 Kuala Linggi
78200, Kuala Sungai Baru
Melaka, Malaysia
Telefon = +6063877510
Faks = +6063877510
Emel = skkualalinggi@gmail.com

Pautan luar sunting