Sekolah Kebangsaan Kuala Slim


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SLIM, 35800 SLIM RIVER, PERAK.

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SLIM
Fail:LENCANA SEKOLAH
Alamat
KUALA SLIM

35800 SLIM RIVER

PERAK.

SLIM RIVER
LUAR BANDAR
 Malaysia SLIM RIVER, 35800, MUALLIM, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahBANTUAN KERAJAAN, Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"1 Team, 1 Spirit & 1 Goal"
Afiliasi agamaISLAM
Autoriti pendidikanPPD MUALLIM
SesiPAGI
Nombor sekolah605 452 0072
Kod sekolahABA0026 / ABAA005
Pengerusi PIBGMOHD SUHAIMI B. MD SAID
Guru besarMOHAMED NAHAR BIN KAHAR (2023-2025)
Tenaga pengajar18
Jumlah penuntut187
Kelas7
Bahasa pengantarBAHASA MELAYU
WarnaKUNING
Slogan"1 Team, 1 Spirit & 1 Goal"
GPK Pentadbiran dan AkademikMAZLINA BT ISMAIL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAZINAH BT ANUAR
Penolong Kanan KokurikulumNURUL BADRIN B. ABD LATIB
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: 1/4/2024

Sekolah Kebangsaan Kuala Slim (SKKS) telah ditubuhkan pada awal tahun 1949. Ketika itu namanya ialah Sekolah Melayu Kuala Slim. Ia dibina hasil kerjasama penduduk kampung secara bergotong royong.

PELOPOR KEPIMPINAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL DAN KINI

Guru Besar pertama ialah En. Abd. Manas b. Md Yasin. Beliau bersara pada 1 Mei 1956. Digantikan oleh En. Saidin b Maamor. Sejak awal pembukaannya hanya menampung murid-murid Darjah 1 hingga Darjah 5 sahaja. Apabila naik Darjah 6, murid-murid sekolah ini terpaksa pergi ke Slim River. Pada tahun 1962 darjah 6 diwujudkan

Pada tahun 1974, En. Saidin b Maamor telah ditukarkan ke SK Trolak Selatan sebagai guru besar. Tempat beliau diambil alih oleh En. Kamarulzaman b Harun yang sebelumnya adalah guru besar SK Behrang Stesyen.Semasa beliau berkhidmat di sini, sebuah bangunan baru dua tingkat telah dibina berdasarkan pertambahan murid dari setahun hingga setahun. Bangunan ini siap pada tahun 1967.

Pada akhir 1979, En. Kamarulzam ditukarkan ke SK Trolak Selatan dan digantikan oleh En. Saidin b Zakaria dari SK Batu Tiga, Tapah. En. Saidin berkhidmat di sini tidak lama kerana di arah bertukar ke SK Slim River.

Pada bulan April 1981, En. Zainal Abidin b Abu Bakar, guru besar SK Behrang Ulu mula menjalankan tugasnya di SKKS sehinggalah beliau bersara pada 14 April 1989.

Pada 16 November 1981, tiga orang guru penolong kanan dihantar bertugas di sekolah ini. Mereka ialah En. Mohammad b Mat Arip (PK Pentadbiran), Tn. Hj. Ahmad b Ismail (PK HEM) dan En. Mustafa b Mat (PK Kokurikulum).

Pada 20 Januari 1989, En. Mohammad b Mat Arip dinaikkan pangkat sebagai guru besar di SK Aminuddin Baki, Slim River dan digantikan oleh En. Rooslan b Ahmad dan pada 14 April 1989 memangku jawatan guru besar kerana Tn. Hj. Zainal bersara.

Pada 16 Mei 1989, Tn. Hj. Saiful Yasan b Hj. Jalaluddin (PK HEM SK Trolak Utara) telah dilantik sebagai guru besar. Beliau berkhidmat di SKKS selama 2 tahun 4 bulan. Pada 16 September 1991, En Abu Masuut b Shafie ( Guru besar SK Sg. Raya, Kg. Kepayang) telah ditukarkan ke SKKS dan pada 1992, beliau bertukar pula ke Bahagian teknologi Pendidikan, KPM di Kuala Lumpur.

Tn. Hj. Mohd Tahir b Shaarip PJK, Pk (Guru Besar SK Slim River menggantikan En.Abu Masuut sehinggalah hari persaraan beliau jatuh pada 19 Januari 1994. Pada 1 Februari 1994, guru besar SK Besout 4 iaitu En. Mohd Sahar b Baharuddin PPT, PJK pula diarahkan berkhidmat di SKKS sehinggalah bersara pada 30 Mei 1998.

Pada 1 Jun 1998, en. Khalil b M.Lodin (PK Pentadbiran SK Trolak Selatan) pula dinaikkan pangkat sebagai guru besar di SK Kuala Slim. Semasa beliau berkhidmat di sini, bangunan makmal komputer dibina. Kewujudan makmal komputer ini banyak memberi manfaat kepada murid-murid kerana tidak terasing dalam arus ledakan teknologi maklumat seiring pula dengan dasar PPSMI. Pada 1 Oktober 2003, beliau bertukar ke SK Trolak Selatan dan tempat beliau diambil alih oleh Pn. Hjh. Fadzlah bt Yusof (Guru besar SK Sungai Behrang). Beliau adalah satu-satunya guru besar wanita di SKKS setakat ini. Beliau dibantu oleh Pn. Mon Rasidah bt Sulaiman (PK Pentadbiran), Pn. Maznah bt Abd. Mutalib (PK HEM) dan Pn. Sapiah bt Othman (PK Kokurikulum). Beliau berkhidmat di SK Kuala Slim sehingga bersara pada 1 Januari 2011 dan tempat beliau digantikan oleh En. Sulaiman b Nordin bermula Februari 2011 yang sebelum ini merupakan guru besar SK Besout 3.

LENCANA SEKOLAH SK KUALA SLIM

LAGU SEKOLAH SK KUALA SLIM


Pelopor kepimpinan sekolah

Pengasas SK Kuala Slim


- En. Md Rawi bin Haji Md Yasin

Pengerusi Lembaga Pengurus SK Kuala Slim 4.8.1949


Guru Besar Pertama 4.8.1949 - 1.5.1956

- En. Abd. Manas b. Md Yasin


En. Saidin b Maamor 1956-1974

- bertukar ke SK Trolak Selatan


En. Kamarulzaman b Harun 1974-1979

- bertukar ke SK Trolak Selatan


En. Saidin b Zakaria 1979-1981

-bertukar ke SK Slim River


En. Zainal Abidin b Abu Bakar                           1981-14.4.1989

- bersara


En. Mohammad b Mat Arip               16.11.81- 20.1.1989

- bertukar ke SK Aminuddin Baki


Tn. Hj. Saiful Yasan b Hj. Jalaluddin     16.5.1989-16.9.1991


En Abu Masuut b Shafie     16.9.1991-1992

- bertukar pula ke Bahagian teknologi Pendidikan, KPM di Kuala Lumpur


Tn. Hj. Mohd Tahir b Shaarip PJK     1992-19.1.1994

- bersara


En. Mohd Shahar b Baharuddin PPT, PJK     1.2.1994-30.5.1998

- bersara


En. Khalil b M.Lodin    1.6.1998-1.10.2003

- bertukar ke SK Trolak Selatan


Pn. Hjh. Fadzlah bt Yusof    1.10.2003-1.1.2011

- bersara


En. Sulaiman b Nordin    1.2.2011-

Pn. Zaleha bt.

Zulkarnain bin

Mohamed Nahar bin Kahar 20.01.2023-18.06.2025

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Slim
Kampong Kuala Slim
35800, Slim River
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054520072
Fax = TIADA

Pautan luar sunting