Sekolah Kebangsaan Ladang

Laman nyahkekaburan

Sekolah Kebangsaan Ladang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Ladang
Lokasi
Jalan Sultan Zainal Abidin,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA BERJAYA
Nombor sekolah096221716
Kod sekolahTBA3007[1]
Pengerusi PIBGTN. HJ. WAN AMAL FIRDAUS BIN WAN MUHAMMAD
Guru besarPUAN ROS HAYA BINTI AZIZ
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK AZIZAM BIN IBRAHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN ZALINA BINTI RAZALI
Penolong Kanan KokurikulumENCIK AZLI SHAM BIN ABDUL WAHAB
Faks096226269
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Ladang mula ditubuhkan pada tahun 1926 yang terdiri dari sebuah bangunan sekolah yang diperbuat daripada separuh simen dan separuh kayu. Ia merupakan salah sebuah sekolahyang tertua di daerah Kuala Terengganu selain daripada Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul (kini telah dijadikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Durian,Burung). Pada awal penubuhannya bilangan kelas yang dibuka hanyalah 4 buah kelas dengan keramaian pelajar seramai 66 orang. Tengku Md Tahir bin Sulong telah dilantik sebagai Guru Besar pertama bagi menerajui sekolah ini.

Pada tahun 1955 bilangan kelas semakin bertambah kesan daripada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Dua Sesi persekolahan terpaksa dijalankan kerana kekurangan bilangan kelas. Kesan daripada pertambahan bilangan murid-murid menyebabkan kelas tidak mencukupi. Lantaran itu pada tahun 1968, dua buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan murid-murid. Setelah siapnya bangunan tersebut, bangunan sekolah yang lama telah dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan yang baru. Setelah kesemua bangunan siap dibina, pada 4 Mei 1971 Sekolah Kebangsaan Ladang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Hussein bin Onn iaitu Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ladang memiliki 203 pelajar lelaki dan 161 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 364 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Pada tahun 2023, bilangan tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Ladang adalah 37 orang guru iaitu 14 orang guru lelaki dan 23 orang guru perempuan. Sekolah Kebangsaan Ladang mempunyai seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu operasi. Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Ladang juga mempunyai lima orang pekerja swasta untuk membantu membersihkan kawasan sekolah dan 4 orang pengawal keselamatan. Bilangan murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam pada tahun 2023 ialah seramai 413 orang murid. 388 orang murid aliran perdana dan pendidikan khas (masalah pembelajaran) manakala 25 orang murid prasekolah.

Kebanyakan murid-murid di sini tinggal di persekitaran sekolah dan ada juga yang tinggal jauh dari sekolah. Murid-murid yang tinggal berjauhan ini ialah anak-anak pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja berhampiran dengan sekolah. Ramai di antara murid-murid yang tinggal berhampiran atau sekitar kawasan sekolah datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka bekerja sendiri (peniaga kecil), buruh, nelayan dan lain-lain. Sebahagian murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat-pejabat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Ladang
Jalan Sultan Zainal Abidin ,
Kuala Terengganu ,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 096221716
Fax = 096226269

Rujukan sunting

Pautan luar sunting