Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III

Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III ditubuhkan pada 10 Jun 1991. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 9.2 ekar di Jalan Pelabuhan Baru Lahad Datu. Penubuhan SK Lahad Datu III bertujuan untuk menampung kesesakan murid di SK Pekan. Pegawai Pendidikan Daerah ketika itu, En. Mohd Yusuf Hj. Khamis telah mengarahkan agar guru dan murid dibahagikan sama rata kepada kedua-dua buah sekolah. Pada awalnya, SK Lahad Datu III menumpang di SK Pekan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Kedua-dua buah sekolah menggunakan bangunan yang sama dengan penetapan SK Pekan bersekolah sesi pagi manakala SK Lahad Datu III bersekolah sesi petang.

Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 61087,, 91120, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berdikari
Ditubuhkan10 Jun 1991
Nombor sekolah6089884030
Kod sekolahXBA3144
Pengerusi PIBGEncik Jumadi Naji
PengetuaDr. Rosdah Herawaty Hamid (2021-Terkini)
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Nik Suhana Megat Daud
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHjh. Sadiah Chapang
Penolong Kanan KokurikulumEncik Daman Jemu
Faks6089884030
Laman sesawang
maklumat ini dikemaskini pada 13/09/2022


Guru besar yang pertama SK Lahad Datu III ialah Encik Mohd Yusof Bin Hj. Ahmad Kepala. Pembinaan sekolah bermula pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1996. Pada tahun 1997, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di lokasi sekarang ini. SK Lahad Datu III terdiri daripada 3 blok bangunan iaitu blok A, blok B dan blok C. Selain itu, terdapat juga blok kantin dan 2 buah flat guru. Pada awal pengoperasian sekolah, bilangan murid seramai 830 orang dengan 24 buah kelas, 12 kelas sesi pagi dan 12 kelas sesi petang. Bilangan guru seramai 45 orang dan 3 orang staf sokongan. Meski pun menghadapi masalah kekurangan kemudahan seperti kerusi, meja dan kemudahan lain, namun pengajaran dan pembelajaran tetap dilaksanakan.

Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah didirikan dan mula beroperasi pada 21 Oktober 2003. Dua buah kelas prasekolah telah dibuka pada tahun 2005 dengan menumpang dibangunan blok A. Pada tahun 2007, sebuah kelas prasekolah telah dibina. Pembinaan ini menjadikan 3 kelas prasekolah beroperasi pada tahun 2008. Dalam usaha memastikan agar murid-murid didedahkan dengan pengetahuan agama, En. Alimin Sarip selaku guru besar SK Lahad Datu III bersama guru-guru dan PIBG mengambil inisiatif menganjurkan jogathon, bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membina surau sekolah. Berkat kesungguhan dan usaha gigih semua pihak akhirnya, Surau An-Nur berjaya dibina pada tahun 2018. Kini, SK Lahad Datu III merupakan sekolah ketiga terbesar di daerah Lahad Datu.

Berikut adalah senarai guru besar yang telah berkkhidmat di sekolah ini :- ​1. En. Mohd. Yusof Bin Hj Ahmad Kepala (1991 - 1993) 2. En. Kison Bin Saihie (1994 - 1995) 3. Pn. Aminah Binti Hj. Ahmad (1996 - 1997) 4. Pn. Noriati Binti Hj. Abd. Kadir (1998 - 2003) 5. Pn. Hjh. Samirah Binti Hj. Mobin (2004 - 2009) 6. En. Talib Bin Hj. Kaning (2010 - 2015) 7. En. Alimin Bin Sarip (2016 - 2020) 8. Dr Rosdah Herawaty Binti Hamid (2021-terkini)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III
Peti Surat 61087,
91120, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089884030
Fax = 6089884030

Pautan luar sunting