Sekolah Kebangsaan Lasau Podi


Sekolah Kebangsaan Lasau Podi atau nama ringkasnya SK Lasau Podi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Takulung, Kota Belud, Sabah dalam Mukim Lasau. Sekolah ini boleh diakses dari Pekan Kota Belud melalui Jalan Botung - Kompleks Sukan ke Kampung Rosok seterusnya melalui Jalan Lasau Podi. Sepanjang Jalan Lasau Podi, pemandangan indah akan terlihat di kanan dan kiri jalan, yang mana terletaknya Lapang Sasar Kota Belud.[1 1]

Sekolah Kebangsaan Lasau Podi
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 42, 89157, Kota Belud,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahXBA5321
Guru besarPn. Muliana @ Maliana Binti Kelo
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Maarof Rajiun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Norersin @ Norsin Bin Bungin
Penolong Kanan KokurikulumPn. Jomilin Aton
Laman sesawang

Pada 2019, Sekolah Kebangsaan Lasau Podi (SKLP) memiliki 108 pelajar lelaki dan 93 pelajar perempuan Tahun 1 hingga Tahun 6 serta 29 orang murid prasekolah, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 230 orang. SKLP mempunyai tenaga pengajar seramai 20 orang guru dan 4 orang anggota kumpulan sokongan. Dalam pada itu, SKLP menerima murid kebanyakannya dari kampung-kampung sekitar seperti Kampung Wani, Kampung Lasau Lama, Kampung Lasau Minunsud, Kampung Podi, Kampung Lompios, Kampung Takulung, Kampung Kebidahan dan Kampung Bundu Lapak.

Gambar oleh: http://www.ums.edu.my/v5/index.php/arkib-berita-2/3119-permapps-sebar-ilmu
JUMAAT, 06 NOVEMBER - Persatuan Mahasiswa Psikologi Pendidikan dan Sukan (PERMAPPS)  Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini berkunjung ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lasau Podi, Kota Belud bagi menjayakan program ‘A Step To Success’.
Gambar oleh: https://www.utusanborneo.com.my/2018/05/16/scc-bina-asrama-desa-untuk-sk-losou-podi
Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) telah melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) dengan terbinanya sebuah Asrama Desa lengkap dengan kemudahan penghuni bagi SK Lasau Podi.

SKLP juga mempunyai 2 buah kelas prasekolah. Kelas pertama dan kedua masing-masing adalah untuk murid berumur 5 tahun dan 6 tahun. Bangunan asrama desa juga terdapat di sekolah ini yang boleh memuatkan 60 orang murid. Bangunan ini telah disumbangkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) pada tahun 2018[1 2]. SKLP juga memiliki sebuah van pengangkutan untuk kegunaan sekolah yang telah di sumbangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)[1 3]. Pelbagai agensi dan badan lain telah membantu sekolah ini dalam menjayakan kemenjadian murid dan kemajuan sekolah amnya seperti PERMAPPS, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan beberapa pertubuhan lagi.[1 4]

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Lasau Podi Kota Belud telah dibuka pada tahun 1965. Menurut En. Duraman bin Gimbaran salah seorang ketua kampung dalam Mukim Lasau, Sekolah Kebangsaan Lasau Podi mengambil nama sempena nama kampung “Podi” dan nama sungai kecil yang dipanggil sungai “Lasau”. “ Nama Podi merupakan nama sebatang pokok yang rimbun dan sentiasa berbuah lebat bila datang musim. Dikatakan bahawa bila Pokok Podi ini berbuah, banyaklah burung-burung hinggap di pokok itu untuk memakan buah pokok tersebut. Maka ramailah orang datang ke pokok tersebut untuk menangkap burung-burung tersebut untuk dijadikan makanan. Mereka menggunakan “sumpit” yang beracun untuk menangkap burung tersebut.

Oleh kerana pokok Podi tersebut jauh dari tempat tinggal orang-orang tadi, maka ada diantara penangkap burung ini  mencadangkan agar mereka membuat “sulap” di kawasan berdekatan pokok Podi ini supaya mereka tidak iagi berulang alik. Akhirnya mereka mendirikan petempatan di kawasan itu dan menamakan kawasan tersebut sebagai “Podi” sempena nama pokok Podi tersebut. Pada masa dahulu Kampung Podi itu melibatkan kawasan yang luas termasuklah Kampung Takulung iaitu tempat sekolah Kebangsaan Lasau Podi ini didirikan.

Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terawal di Kota Belud.  Sekolah yang terletak lebih kurang 30 kilometer dari Bandar Kota Belud ini telah diusahakan pembinaannya oleh Tuan Hj Suning Hj Gampus, mantan Ketua Anak Negeri (Mahkamah Majisterit Kota Belud). Beliau bersama Datuk Ismail Gimbad (Wakil Rakyat UPKO) telah berusaha supaya pembinaan sekolah ini mendapat keutamaan kerajaan. Akhirnya kerajaan telah menyalurkan peruntukan dan mula dibina sekitar tahun 1963. Sekolah ini kemudiannya dinamakan Sekolah Kebangsaan Lasau Podi, Kota Belud.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan berukuran 40 x 30 kaki dan sebuah rumah guru.

Pembinaannya dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Majlis Daerah Kota Belud. Pada masa itu bangunan ini hanya menampung murid seramai 60 orang dengan 2 orang tenaga pengajar.

(Sejarah sekolah didokumentasikan oleh: En. Datu Manggong Hj. Jawin, mantan PK Pentadbiran)

 
Sumber: Youtube SK Lasau Podi

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Lasau Podi
Peti Surat 42
89157, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Emel: xba5321@moe.edu.my
Peta Google: https://goo.gl/maps/zMeT8D9d48Hyv6mY9

Pautan luar sunting

  1. ^ https://kksentral.com/2019/10/16/lasau-podi//
  2. ^ [1]
  3. ^ [2]
  4. ^ Pelbagai agensi dan NGO telah membantu sekolah ini dalam menjayakan kemenjadian murid dan kemajuan sekolah amnya seperti PERMAPPS, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan beberapa pertubuhan lagi.[3]