Sekolah Kebangsaan Lemal atau nama ringkasnya SK Lemal, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Lemal,.

Sekolah Kebangsaan Lemal
Sekolah Kebangsaan Lemal.jpg
Lokasi
Kampung Lemal,, 17000, Pasir Mas,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+609-7909189
Kod sekolahDBA3220
Faks+609-7909189
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lemal memiliki 414 pelajar lelaki dan 365 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 779 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009

SejarahSunting

Sejarah Persekolahan di Kampung Lemal bermula hasil daripada cetusan hati warga Kampung Lemal, yang dipelopori oleh Allahyarham Encik Daud bin Senik yang menjadi Penggawa Daerah Lemal pada masa itu. Beliau telah mendapat sokongan padu daripada Dato` Nik Daud bin Hj Wan Ahmad (Dato` Aina D`Raja) iaitu Ketua Jajahan Pasir Mas yang telah melanjutkan rundingan dengan Pegawai Pelajaran Kelantan pada tahun 1956. Rundingan itu telah membuahkan hasil dan akhirnya terdirilah sebuah sekolah yang dikenali dengan Sekolah Melayu Lemal pada tahun 1959.

Nama Sekolah Melayu Lemal ini diguna pakai setelah kelulusan diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan nombor pendaftaran KN(SK) 128 yang bertarikh 17 Mei 1959.

PencapaianSunting

Pada tahun 2002, seramai 22 orang mendapat 5A dalam keputusan UPSR.

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Lemal
Kampung Lemal,
17000, Pasir Mas
Kelantan,   Malaysia
Telefon = 6097909189
Fax = 6097909189

Pautan luarSunting