Sekolah Kebangsaan Long Gafar

Sekolah Kebangsaan Long Gafar atau nama ringkasnya SK Long Gafar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kubang Keranji Kota Bharu.

Sekolah Kebangsaan Long Gafar
Lokasi
 Malaysia Kubang Keranji Kota Bharu, 16150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097654966
Kod sekolahDBA1064
Faks6097654966


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Long Gafar memiliki 681 pelajar lelaki dan 607 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1288 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK.Long Gafar terletak di Jalan Pasir Putih - Kota Bharu.

Sejarah sekolah ini bermula sekitar tahun 1920an, iaitu selepas perang dunia yang pertama. Sekolah

ini diasaskan atas dorongan orang kampung Pasir Tumbuh, iaitu wujudnya di kalangan mereka tentang

keperluan pelajaran.

Pada mulanya sekolah ini didirikan secara gotong royong oleh orang-orang kampung dengan

bertiangkan nibong dan beratapkan daun sagu, di atas sekeping tanah Lot 104, Mukim Guntong,

Daerah Limbat, Kota Bharu. Sekolah ini dikala itu hanya dapat menampung lebih kurang 30 orang

murid sahaja. Dengan tenaga pengajarnya iaitu Cikgu Nik Abdullah dan Cikgu Haji Saad bin Mat Akib.

Perjalanan awal sekolah ini adalah secara bersendirian, tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada

kerajaan. Sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Pasir Tumbuh.

Dari tahun 1920an hingga tahun 1930an adalah dianggarkan bangunan ini berpindah sebanyak 4 kali,

iaitu tapak ke satu tapak yang lain sekitar Kampung Pasir Tumbuh. Keadaan ini berlaku apabila tapak

sekolah hendak digunakan atau dijual kepada orang lain.

Memandangkan keadaan ini, En.Mat Saad bin Hj. Awang yang juga penggawa Daerah Limbat ketika

itu telah menawarkan tanahnya, Lot 3601, seluas 1 ekar 450 depa, yang terletak di Kubang Keranji

untuk dijadikan tapak baru bangunan sekolah. Ianya sesuai kerana terletak di tengah-tengah antara

kampung berdekatan. Usaha memindahkan bangunan sekolah ini dari Kampung Pasir Tumbuh ke

Kampung Kubang Keranji ini telah diketuai sendiri oleh beliau dengan dua orang penghulunya iaitu Tok

Awang Embong dan Tok Awang Minal. Apabila siap bangunan tersebut didirikan telah dinamakan

sebagai Sekolah Melayu Kubang Keranji.

Pada Awal tahun 1980, sekolah yang lama telah dibangunkan semula atas daya usaha PIBG yang

dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd.Zain bin Awang dan ditukarkan namanya ke Sekolah Kebangsaan

Long Gafar.

Lagu Sekolah sunting

LAGU SEKOLAH

SK Long Gafar tercinta

Disanjung setiap masa

Padamu abadikan

Segala harapan

Mendidik Putra Putri

Namamu Sungguh Harum

Bagaikan Sekuntum mawar

Jasa Baktimu Di Kenang Dipuja

Disegani sentiasa

Chorus:

Kuatkan semangat

berdisiplin berharmoni

Tingkatkan mutu pelajaran

Rajin berusaha

Tabahkan Hati

Itulah yang diamalkan

Oh Tuhanku perkenankanlah

Hasrat kami semua

Tekun Gigih Usaha Jaya

SK Long Gafar berjaya

SK Long Gafar Berjaya

Senarai Guru Besar.(tolong Tambah mana yang tertinggal)

-Mohamad Noor

- Hj.Kamaruzaman

-Hj Nor Zeli(2018-2010)

-Hjh. Hasnah Mohamad -2011-2013

-Rosnan bin Mohamad (2013-2016)

-Wan Hassan (2016-2018)

-Affendy bin Ghazali (2018-sekarang)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Long Gafar
Kubang Keranji Kota Bharu
16150, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097654966
Fax = 6097654966

Pautan luar sunting