Sekolah Kebangsaan Long Palai

Sekolah kebangsaan Long Palai atau lebih dikenali sebagai SK Long Palai merupakan salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Baram. Sekolah ini terletak di perkampungan Long Palai yang juga dikenali sebagai Lepo La'ang dalam kalangan penduduk. Majoriti penduduk yang berada di sini terdiri daripada suku kaum Kenyah. Terdapat juga beberapa buah keluarga suku kaum Penan dan suku kaum yang lain yang turut mendiami perkampungan ini.

Sekolah Kebangsaan Long Palai merupakan salah sebuah sekolah daripada 58 buah sekolah rendah yang terdapat di daerah Baram dan berada di bawah naungan PPD Baram. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Asrama Harian , Sekolah Kurang Murid (SKM), dan sekolah luar bandar (P3).

Pada tahun 2020, enrolmen bagi sekolah ini ialah seramai 40 orang murid yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 21 orang murid perempuan. Sekolah ini juga memiliki kekuatan tenaga pengajar seramai 8 orang dan dibantu oleh 6 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP).

Buat sementara waktu ini, sekolah dipimpin oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang memangku tugas sebagai guru besar selepas mantan guru besar berpindah ke SK St Pius, Long San dan dibantu oleh dua orang guru penolong kanan.

Sekolah Kebangsaan Long Palai
Lokasi
 Malaysia Pejabat Pelajaran Daerah Baram, Jalan kampung Dagang,, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahYBB4348


Kedudukan Sekolah sunting

Sekolah Kebangsaan Long Palai terletak di daerah Baram dengan anggaran jarak sejauh 260 KM dari Bandaraya Miri. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sunga Baram di kawasan Ulu Baram. Koordinat Sekolah ialah N 3°2'33.918" , E 114°51'0.6156" .


Anda juga boleh rujuk pautan di bawah untuk melihat kedudukan sekolah ini.

https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Long_Palai&params=3.05_N_114.83333_E_region:MY_type:city


Perjalanan sunting

Perjalanan ke sekolah ini mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan jalan. Anda akan menempuh perjalanan menggunakan jalan Tar dengan anggaran 110 KM dari Bandaraya Miri ke pekan Lapok.

Selepas itu, anda akan masuk simpang ke jalan kem balak yang terletak di bahagian kanan jalan raya selepas jambatan Lapok. Selepas itu , annda akan menempuh perjalanan di jalan balak dengan anggaran masa selama 1 jam 30 minit sebelum sampai di Kilo 10 Central Baram Base Camp.

Disini anda boleh berehat sebentar sambil mengisi perut sekiranya perlu.Terdapat beberapa buah kedai makan yang menyajikan pelbagai hidangan untuk anda.

Selepas itu, anda akan menempuh perjalan balak sekali lagi denggan anggaran masa selama 2 jam untuk sampai di seberang kampung. Kedudukan sekolah adalah terletak di seberang jalan. oleh itu, pastikan anda menggunakan hon kereta untuk memberi isyarat kepada penduduk kampung untuk menjemput anda di seberang.

*Peringatan, jangan sesekali berteriak kerana tidak ada sesiapa pun yang akan mendengar teriakan anda.

Anda akan dijemput menggunakan perahu ke seberang kampung / sekolah. Sekiranya air sungai Baram cetek, maka anda perlulah menggunakan sepenuhnya kudrat anda untuk menyeberangi sungai kerana perahu tidak dapat masuk ke dalam kuala Sungai Palai.

*Jangan risau,ini satu pengalaman yang berharga buat diri anda.

Maka, anda kini sudah tiba di SK Long Palai. Tahniah!!!

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Long Palai
Pejabat Pelajaran Daerah Baram,
Jalan Kampung Dagang,
98050, Marudi
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Emel = sklongpalai@gmail.com

Pautan luar sunting