Sekolah Kebangsaan Lubok Antu

Sekolah Kebangsaan Lubok Antu atau nama ringkasnya SK Lubok Antu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pekan Lubok Antu, Lubok Antu.

Sekolah Kebangsaan Lubok Antu
CENTER
Lokasi
Pekan Lubok Antu, Lubok Antu, 95900, Lubok Antu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTEKUN PASTI JAYA
Nombor sekolah6083584175
Kod sekolahYBB2302[1]
Faks6083584176
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Lubok Antu memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 398 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.April 2018[1]

Sejarah sunting

Diatas komitmen, kegigihan, kesungguhan dan kerjasama daripada masyarakat Cina di sekitar pekan Lubok Antu, maka dalam tahun 1952 bangunan pertama sekolah ini telah berjaya didirikan. Pada mulanya sekolah ini telah diberi nama “ Sekolah Chung Hua lubok Antu “. Ianya telah dibuka secara rasmi dan mula mendaftar pelajar pertama pada bulan Januari 1953. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan pekan Lubok Antu.

Pada mulanya sekolah ini beroperasi, murid-murid yang menuntut di sekolah ini majoritinya terdiri dari kaum cina. Namun demikian, selang beberapa tahun murid-murid kaum iban yang tinggal berhampiran dengan sekolah ini seperti rumah panjang Tinting Lalang dan Panjai Ruai turut diundang untuk bersekolah di dini.

Sekolah ini telah ditadbir oleh Lembaga Masyarakat Cina Lubok Antu dari tahun 1952 hingga 1956. Dalam jangka masa tersebut Bahasa Cina telah dijadikan sebagai bahasa penghantar. Pada tahun 1957 sekolah ini telah diambilalih pentadbirannya oleh Majlis Tempatan Daerah Lubok Antu dengan nama barunya iaitu Lubok Antu Primary School. Maka dengan itu bahasa penghantarnya pun berubah kepada Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1974 sekali lagi pentadbiran sekolah ini bertukar tangan iaitu dari Majlis Tempatan Daerah Lubok Antu kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Namanya pun berubah kepada Sekolah Rendah Kerajaan Lubok Antu dan bahasa penghantar yang digunakan ialah Bahasa Malaysia. Mulai dari tahun itu pentadbirannya diserah sebulat-bulatnya kepada Kerajaan Persekutuan, di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sejak tahun 1974 ada 29 buah rumah panjang, kampung atau penempatan yang menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah ini. Walau bagaimanapun apabila bermulanya pembinaan empangan Hidro Elektrik Batang Ai pada tahun 1983 ada 13 buah panjang di kawasan hulu sungai menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini. Sekolah mereka terlibat dalam kawasan pembinaan empangan hidro itu. Sekolah-sekolah tersebut ialan SK. Nanga Mepi, SK. Nanga Delok, SK. Nanga Jela dan SK. Sungai Ara. Dengan perpindahan murid-murid dari sekolah-sekolah berkenaan maka enrolmen murid dan jumlah guru telah meningkat dengan begitu mendadak sekali. Walaupun demikian dengan wujudnya SK. Batang Ai semua murid yang berpindah dari kawasan yang terlibat dengan hidro elektrik telah ditempatkan di sekolah tersebut sehingga sekarang.

Pada 2009, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi membina bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu. Pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Lubok Antu itu penting bagi menampung keperluan pembelajaran murid-murid di kawasan berkenaan di samping mempertingkat kemudahan prasarana pendidikan sekolah tersebut.[2]

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Lubok Antu
Pekan Lubok Antu, Lubok Antu
95900, Lubok Antu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083584175
Fax = 6083584176

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
  2. ^ RM12 juta bina bangunan SK Lubok Antu baru, Utusan Malaysia 24/08/2009, Diambil pada 15 Disember 2018

Pautan luar sunting