Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor
Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor atau nama ringkasnya SK Lubok Bongor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Lubok Bongor.
Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor | |
---|---|
Lokasi | |
Kampong Lubok Bongor, 17610, Kuala Balah,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6099362044 |
Kod sekolah | DBA9010 |
Faks | 6099362044 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor memiliki 181 pelajar lelaki dan 173 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 354 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009
Sejarah sunting
Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor ditubuhkan pada tahun 1939.Sekolah ini dinamakan sempena nama Kampung iaitu Kampung Lubok Bongor.Permulaan penubuhannya sekolah ini adalah sebuah Sekolah Rakyat.Sekolah Pada sekitar tahun 1945 Sekolah Lubok Bongor mempunyai guru besar pertama bernama En Wan Ismail. Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor terletak di dalam daerah Jeli dan berada kira-kira 20 km dari bandar Jeli. SKLB berada di tepi laluan utama antara bandar Jeli - Dabong. Jalan ini juga merupakan laluan alternatif ke Gua Musang.
Sekolah ini diasaskan oleh En.Yusuf bin Che The – Penghulu Mukim Lubok Bongor.Pada awal penubuhannya ia mempunyai seramai 32 orang murid.Pada tahun 1953 tapak sekolah telah dipindahkan ke Kampung Lama Lubok Bongor.Perpindahan ini tidak juga menyelesaikan masalah kerana sering ditenggelami banjir.
Pada tahun 1957,sekolah ini berpindah sekali lagi ke tapak baru (tapak sekarang) dengan keluasaan 5.7 hekter.
Masa telah mengubah segala-galanya pada tahun 2004,sekolah ini telah terpilih untuk Projek RMK8.Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor telah mendapat bangunan baru dengan pelbagai kemudahan seperti yang ada sekarang.
Antara peneraju utama Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor adalah;
1. En.Wan Ismail
2.En.Nik Mustapha 3. En.Muhamad bin Ibrahim 4. En.Muhamad Taib 5. En.Hamzah Othman 6. En.Ab.Ghani bin Hj.Daud 7. En.Ariffin bin Muhamad 8. Tn.Haji Ismail Ali 9. En.Mahmood Zakaria 10. En.Baharudin Jais 11. En.Zakaria Hassan 12. En.Omar Amiah Che Ngah (Memangku) 13. En.Zakaria Yaacob 14. En.Che Mohamad Che Kob 15. En.Muhamad Che Amat 16. En.Md.Zulkiflee bin Hj.Mustapha 17. Tn.Hj.Che Roselan Hashim 18. En.Drahman Osman 19. Pn.Hjh.Jamakyah Meon 20. En.Mohd Udin bin Awang Kechik 21. En.Md.Zulkiflee bin Hj.Mustapha 22.En Zawawi Bin Yusoff 23.En Mohd Ezanee Bin Mohd Said |
1945 – Tidak Pasti
1957 – Tidak Pasti 1966 – 1969 1970 – 1972 1973 – 1974 1975 – 1980 1981 – 1983 1983 – 1985 1985 – 1988 1988 – 1989 1989 – 1992 1992 – 1993 1993 – 1994 1994 – 1996 1997 – 1998 1998 – 1999 1999 – 2003 2003 2003 – 2006 2006 – 2008 2008 – 2016 2016 – 2018 2018- Sekarang |
Pencapaian sunting
Alamat sunting
- Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor
- Kampong Lubok Bongor
- 17610, Kuala Balah
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 09-9362044
- Fax = 09-9362044