Sekolah Kebangsaan Maraba

Latar belakang sejarah sekolah Kebangsaan Maraba ini bermula pada tahun 1973 ( 08-01-1973 ). Pengasas sekolah ini ialah Tuan Hj. Jahar bin Amba bersama-sama dengan beberapa orang penduduk kg. Maraba, Andian, laboi dan Banting. Pada mulanya sekolah ini dipohon dalam tahun 1971 lagi, menurut keterangan beliau pada tahun 19732 telah diluluskan hanya sebuah bangunan sahaja iaitu bangunan yang terdapat didepan bangunan yang ada sekarang ini. Bangunan itu hanya dapat menampung beberapa orang murid. Bangunan itu dibuat dengan secara kontrek dan seterusnya diambil alih oleh kerajaan, walaupun pada mulanya sekolah ini dipohon sebagai sekolah sukarela rakyat. Sebab sekolah  ini dipohon, kerana ramai diantara anak-anak mereka di kampung ini terpaksa belajar ke sekolah-sekolah yang agak jauh, walaupun di kawasan ini terdapat banyak sekolah. Oleh itu memandangkan kepada masalah demikian permohonan telah diluluskan. Tuan Hj. Jahar Amba pada ketika itu merupakan ketua kampong yang bertanggungjawab kepada semua anak buahnya dan berusaha sehingga berjaya demi kepentingan semua masyarakat kampong. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau.

Sejarah sekolah Kebangsaan Maraba ini telah wujud dari sejak mula dibuka ( dirasmikan ) pada 08-01-1973. Usianya kini telah mencapai 34 tahun. Dalam usianya yang sedemikian muda, sekolah ini telah melampaui beberapa perkembangan penting dari segi pelajaran dan pembelajaran dan telah menarik penglibatan kepada semua lapisan masyarakat setempat dan guru-guru dari sekolah ini sendiri menerajui aktiviti-aktivitinya.

Sekolah Kebangsaan Maraba ialah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan, terletak kira-kira 22.54 km dari Pekan Beaufort. Dari segi kedudukannya, sekolah ini sesuai kerana ia didirikan di pusat kampung. Ini memberikan kemudahan kepada murid-murid dari kampung yang berhampiran seperti kampung Maraba, Andian, laboi dan Banting ke sekolah. Ini merupakan satu perancangan tempat yang baik dan sesuai sekali.

Pada mulanya nama asal sekolah ini ialah sekolah rendah kerajaan Maraba, tetapi telah ditukarkan namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Maraba iaitu apabila Akta Pelajaran Kebangsaan dipanjangkan ke Negeri Sabah pada bulan Januari 1977, Sejak itu bermula corak pelajaran kebangsaan di sekolah ini sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan tetap tidak berubah.

Pada tanggal 8 Januari 1973 adalah kali pertama Sk. Maraba memulakan pengajarannya dengan bilangan murid seramai 25 orang. Dalam tahun 1974 bilangan murid bertambah menjadi 34 orang murid. Sehingga tahun 1982 Sk. Maraba telah menerima kemasukan murid-murid berjumlah 161 orang semuanya dan telah menghasilkan 60 orang kelulusan Darjah Enam, seorang daripadanya telah mendapat Biasiswa Yayasan Sabah. Murid-murid di sekolah ini terdiri dari berbagai bangsa seperti Kedayan, Brunei, bisaya dan kadazan.

Pada tahun 1973, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan ( satu bilik darjah ) sahaja yang hanya boleh menampung satu kelas. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1975 dan memaksa murid-murid belajar dalam keadaan bersesak-sesak dalam tiga kelas ( satu bilik ). Guru Besar, En. Ismail Md. Yassin ketika itu dengan kerjasama persatuan PIBAGU telah membuat sebuah pondok sementara sebagai bilik tambahan untuk mengatasi kesesakan kelas. Dalam tahun 1976, barulah Sk. Maraba mendapat sebuah lagi bangunan kerajaan dengan dua bilik darjah dan boleh menampung empat kelas bercantum. Bilangan bilik darjah sebanyak tiga buah itu belum dapat memenuhi keperluan ibubapa dan guru menjalankan peranannya dan terpaksa membina sebuah lagi bilik tambahan dalam tahun 1979.

En. Ismail Md. Yassin merupakan guru yang pertama mengajar di Sk. Maraba dalam tempoh 1973-1979, beliau telah memajukan Sk. Maraba dan mengadakan banyak aktiviti luar  dengan berteraskan persatuan ibubapa dan guru. Dibawah pimpinannya, beliau telah menubuhkan persatuan ibubapa dan guru bagi kali pertama pada awal tahun 1973 dengan pengerusinya Tuan Hj. Jahar Amba. Satu lagi projek yang berjaya dilaksanakan oleh PIBAGU ialah pembinaan Taman Sains Pertanian dalam tahun 1976. Di Taman Sains ini berjenis-jenis binatang dan tumbuhan yang dipelihara. Kegiatan Taman Sains ini agak merosot diakhir tahun 1978 kerana masalah kewangan. Dalam tahun 1978 juga satu tugu peringatan telah didirikan.

Dalam tahun 1974, Sk. Maraba telah mendapat seorang guru tambahan iaitu Cik Marliah Mohamad. Menjelang tahun 1981 seramai dua belas orang guru yang mengajar di Sk. Maraba. Guru Besar Sk. Maraba yang kedua ialah En. Suhailin Hj. Abd. Rahman, dan mula menjalankan tug

Sekolah Kebangsaan Maraba
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 203, 89808, Beaufort,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087871235
Kod sekolahXBA6037
Faks6087871235


Sekolah Kebangsaan Maraba atau nama ringkasnya SK Maraba, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 203.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Maraba memiliki 59 pelajar lelaki dan 58 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 117 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah sunting

Menunjukkan prestasi yang baik dalam pencapaian bidang akademik dan ko-kurikulum. ini disebabkan hubungan baik dan kerjasama erat di kalangan guru dengan murid dan ibubapa. Hubungan baik yang terjalin sekian lama membolehkan prestasi sekolah dan murid-murid sentiasa berada di tahap yang terbaik. Pencapaian dalam keputusan UPSR menunjukkan sekolah ini berada di kedudukan yang terbaik bahkan pernah memperoleh keputusan terbaik Daerah Beaufort pada tahun 2009 dan 2017. Selain itu keputusan peperiksaan UPSR sentiasa berada dalam lingkungan yang terbaik sekurang-kurangnya Top 20 daripada 54 buah sekolah di Daerah Beaufort.

Dalam pencapaian sukan pula prestasi murid-murid amatlah membanggakan sehingga dapat mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan dalam beberapa acara seperti lompat pagar, catur, bola jaring dan aktivti badan beruniform. Dalam aktiviti Tilawah Al-quran, murid-murid sekolah ini juga sering menjadi johan bagi acara-acara bercerita, tilawah, nasyid dan hafazan di peringkat zon seterusnya sehingga ke peringkat daerah dan negeri.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Maraba
Peti Surat 203
89808, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087871235
Fax = 6087871235

Pautan luar sunting