Pada 2/3/1966, NVS Lulumiab atau lebih dikenali sebagai Sekolah Suka Rela (SSR) Lulumiab memulakan sesi persekolahan dengan mempunyai 45 orang murid dan hanya seorang guru. Murid-murid ini diagihkan kepada dua kelas iaitu kelas untuk mereka yang  tidak ada asas membaca, mengira dan menulis ( 3M), manakala satu kelas lagi untuk mereka yang mempunyai sedikit kemahiran 3M serta yang telah meningkat umur. Bangunan sekolah pula dibina dengan menggunakan sumber-sumber hutan dan berlantaikan tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Sekolah Kebangsaan Masaum
Lokasi
 Malaysia SK MASAUM TONGOD TELUPID, PETI SURAT 8, 89320, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPELAJARAN PELITA HIDUP
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2211
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEN. KASSIM UNING
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. RUJIZOH JAMUDI
FaksTIADA
MASAUM LUAR BIASA



Pada tahun 1971 berlaku penghijrahan oleh penduduk Lulumiab kerana perbezaan pendapat oleh pemimpin-pemimpin diperingkat kampung dimana tiga kumpulan telah berpecah dan telah mewujudkan kampung baru iaitu Kg. Mengkawago, Kg. Masaum dan Kg. Lanas (daerah keningau).

Sekolah NVS Lulumiab dipindahkan ke Kg. Masaum dan kemudiannya pada tahun 1973 NVS Lulumiab ditukar nama kepada SRK Lulumiab Masaum. Sekali lagi pada tahun 1979 SRK Lulumiab Masaum bertukar nama kepada SK Masaum, Kinabatangan. Dan sehingga kini telah dikenali sebagai SK MASAUM TONGOD TELUPID.

PencapaianSunting

AlamatSunting

SK MASAUM TONGOD TELUPID,
PETI SURAT 8,
89320 TELUPID,
SABAH.

Pautan luarSunting