Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah


Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau nama ringkasnya SK Masjid Tanah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Smk. Ghafar Baba.

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah
Lokasi
Jalan Smk. Ghafar Baba, 78300, Masjid Tanah, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMendidik Memimpin Perubahan
Nombor sekolah6063841244
Kod sekolahMBA0001
Pengerusi PIBGEn Zainudin bin Zainal Abidin
PengetuaEn Jabarali bin M Abd Latheff
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Zainon binti Suboh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Azmi bin Abd Aziz
Penolong Kanan KokurikulumEn Nazri bin Isnain
Faks6063841244
Laman sesawang

Sekolah ini juga merupakan sekolah integrasi Masalah Pendengaran dimana ianya menempatkan murid-murid bermasalah pendengaran.

Sejarah sunting

Sejarah Sekolah SK Masjid Tanah (INTEG)

Sekolah ini berasal dari sebuah sekolah yang telah didirikan lebih kurang pada 1890 oleh tokoh tempatan masa itu yang bernama Bilal Lesai. Beliau adalah seorang ahli ibadah dan mahir dengan sejarah tempatan. Sekolah Sungai Baru ini telah didirikan di Jalan Durian Daun di tepi jalan raya yang sekarang adalah tapak rumahAllahyarham Cikgu Zaunudin b. Md. Din. Maklumat asal yang diperolehi, bangunan sekolah ini diperbuat daripada buluh sahaja.

Kemudian sekolah ini berpindah ke sekolah yang dibina di pekan Masjid Tanah dan bangunan sekolah ini telah menjadi bangunan MARA. Sekolah ini beratap genting, bertiang dan berdinding kayu. Di hadapan sekolah dipagari dengan pokok bunga raya. Keadaan sekolah ini tidak luas untuk menampung bilangan murid yang sentiasa bertambah. Akhirnya dibina pula sekolah yang ada sekarang ini. Sekolah yang ada sekarang ini telah mula digunakan pada 21.04.1926. Bilangan murid pada masa itu lebih kurang 180 orang dengan 8 orang guru. Bilangan kelas hanya dari tahun 1 hingga tahun 5 . Guru Besar yang pertama pada masa itu ialah Allahyarham Cikgu Abdul Samad b. Tahir . Pemilik asal tanah ialah AllahyarhamPuan Chikmah bt. Saidin dan keluasan tanah ini iaitu 1 ekar 1 rod 8 pol, kedudukan tanah ini di Lot MT 57.

Kemudiannya bangunan tambahan yang mempunyai 5 bilik darjah telah dibina pada tahun 1952 dan dikenali sebagai “sekolah rakyat”. Perbelanjaan bagi membina bangunan itu ialah sebanyak RM 6000.00. Wang ini diperolehi melalui hasil gotong – royong penduduk tempatan sebanyak RM 3000.00 dan baki RM 3000.00 lagi ialah bantuan daripada kerajaan. Pembinaan bangunan tambahan diusahakan oleh bekas guru besar pada masa itu iaitu Tuan Hj. Baba b. Othman.

Seterusnya pada 17.11.1962 sebuah bangunan tambahan dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah telah dibina dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Encik Abdul Ghafar b. Baba. Guru besar ketika itu ialah Tuan Hj. Hassan b. Abdullah . Padang permainan sekolah padaLot MT. 127 yang berkeluasan 1 ekar 2 rod 1 poldiperolehi pada 28.03.1966. Pemilik asal tanah ialah Puan Nyenah bt. Dobing. Padang ini telah digunakan untuk bersenam dan mula digunakan sebagai gelanggang olahraga tahunan sekolah tahun 1975.

Pada tarikh 09.07.1984 bangunan lama telah dirobohkan kerana terlalau uzur dan digantikan dengan sebuah bangunan baru 3 tingkat. Bangunan baru telah mula digunakan pada 16.01.1985 dan perasmiannya telah dilakukan oleh bekas murid YBhg. Tan Sri AbdulRahman b. Hj. Arshad yang ketika itu berjawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sekolah ini menerima perubahan dari zaman sebelum Jepun, zaman penjajahan Jepun, pemerintahan British hingga zaman kemerdekaan.

Nama sekolah ini berubah :

21. 04.1926 - Sungai Baru Vernacular School

29.02.1948 - Masjid Tanah Vernacular School

1957 - Sekolah Umum Masjid Tanah

1962 - Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah hingga sekarang

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah (Integ)
Jalan Smk. Ghafar Baba
78300, Masjid Tanah
Melaka,   Malaysia
Telefon = 6063841244
Faks = 6063841244

Pautan luar sunting