Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur

Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur atau nama ringkasnya SK Matang Gelugur, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Matang Gelugor.

Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur
Lokasi
 Malaysia Jalan Matang Gelugor, 34750, Matang,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah601165750547
Kod sekolahABA6006
Pengerusi PIBGEncik Abdul Rahman bin Said
Guru besarEncik Omar bin Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Shaharil bin Saidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Jaiza bin Zainal


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur memiliki 61 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 109 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur ini dibina oleh penjajah British pada tahun 1826 dengan nama Sekolah Melayu Matang Gelugur yang terletak di Kampung Matang Gelugur, Matang, Perak, jaraknya lebih kurang 10km dari bandar Taiping. Di awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 11 orang murid dan seorang guru sukarela. Sekolah ini pada peringkat awalnya dibina oleh penduduk kampung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dipersekitaran setempat. Ianya lebih merupakan sebuah pondok beratap nipah, berdinding tepas, bertiang nibung dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1860 sekolah ini berpindah ke Kampung Matang Gelugur Tengah dengan bilangan murid 30 orang. Pada tahun 1890 sebuah bangunan kayu yang berukuran 24 kaki lebar dan panjang 60 kaki berbumbung genting telah dibina di atas tanah yang dihadiahkan oleh Tuan Ali Bashah. Sebuah rumah guru juga dibina bersebelahan bangunan tersebut. Sekolah Melayu Matang Gelugur ini ditukarnya namanya kepada Sekolah Umum Matang Gelugur pada tahun 1946. Kemudian pada tahun 1957 nama sekolah ini bertukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur. Pada tahun 1983, sebuah bangunan dua tingkat dibina berhampiran sekolah asal. Bangunan ini mempunyai 6 bilik darjah, 1 pejabat dan , 1 perpustakaan. Sebuah bangunan kantin turut dibna bersebelahannya. Bilangan murid pada waktu itu berjumlah 200 orang.

Kini Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur telah diwartakan dan mendapat pengiktirafan dari pihak Muzium Perak sebagai sekolah pertama didirikan di negeri Perak. Sebagai penghargaannya gambar bangunan asal sekolah ini telah diabadikan di Muzium Perak Darul Ridzuan di Kota Ngah Ibrahim, Matang. Masa berlalu, zaman berubah, kini Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur terus berfungsi dan menabur baktinya kepada penduduk Matang Gelugur.

SENARAI NAMA GURU BESAR

1826-1830 Encik Khamis

1830-1919 Tiada rekod

1920-1923 Encik Basharuddin

1923-1924 Encik Saad

1924-1933 Encik Majid bin Kulub Mahmud

1934-1952 Encik Tajuddin

1952-1957 Encik Shahabuddin

1957-1967 Encik Md Hashim bin Mat Isa

1967-1973 Encik Majid bin Hussain

1974-1981 Encik Mohd Tamin bin Md Desa

1981-1984 Encik Abu Hassan bin Md Saman

1984-1986 Encik Mokhtar bin Mohd Noor

1987-1989 Encik Adnan bin Saidi

1989-1995 Tua Haji Kamaruddin Sohaimi bin Mohd Ali

1995-1996 Encik Abdullah bin Haji Enon Jabadin

1996-1998 Encik Mohamed Shariff bin Mat Ali

1998-2000 Encik Mustafa bin Dahalan

2000-2003 Puan Hajah Salbiah binti Che Din

2003-2006 Puan Hajah Intan bin Sulaiman

2006-2008 Encik Ab Rahman bin Ab Majid

2008-2010 Tuan Haji Mohd Nasir bin Abu Bakar

2010-2012 Puan Hajah Hasnah binti Abdullah

2012-2013 Puan Marradziah binti Mokhtar

2013-2014 Puan Hajah Norizan binti Haji Musib

2014-2016 Encik Rosli bin Ahmad

2016-2017 Puan Hajah Masitah binti Ahmad

2017 - Encik Omar bin Ibrahim


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur
Jalan Matang Gelugor
34750, Matang
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 601165750547
Emel  : ABA6006@moe.edu.my

Pautan luar sunting