Sekolah Kebangsaan Meranek

Sekolah Kebangsaan Meranek, juga disingkat sebagai SK Meranek, ialah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak dalam Bahagian Samarahan di Sarawak, Malaysia.[1] Ia berstatus luar bandar serta memiliki kod sekolah iaitu YBA8101. Ia juga mempunyai 340 orang pelajar serta 26 orang guru.[1]

SK Meranek
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Samarahan, Sarawak
 Malaysia
Koordinat1°26′44″N 110°27′35″E / 1.445536°N 110.459805°E / 1.445536; 110.459805Koordinat: 1°26′44″N 110°27′35″E / 1.445536°N 110.459805°E / 1.445536; 110.459805
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerdisiplin, Berusaha Maju Jaya
Nombor sekolah01165751567
Kod sekolahYBA8101

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Meranek pada asalnya merupakan sebuah sekolah kecil di kawasan Samarahan. Ia ditubuhkan sekitar tahun 1950an oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Usup Bin Lembo dan pada ketika itu, sekolah ini dikenali dengan nama ‘Sekolah Usup Bin Lembo’ iaitu sempena nama Ketua Kampung tersebut. Bangunan awalnya diperbuat daripada papan dan beratapkan daun nipah dan dibina secara gotong-royong. Murid-muridnya adalah terdiri daripada anak penduduk Kampung Meranek sendiri. Kemudian tapak bangunan awal telah dipindahkan ke tapak baru dan ketika itu sekolah tersebut telah diambilalih pentadbirannya oleh Pejabat Daerah dan dikenali dengan nama ‘Meranek District Council School’.

Pada tahun 1975, sebuah bangunan papan yang baru telah dibina bagi mengganti bangunan lama yang telah uzur. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ketika itu iaitu Datuk Ahmad Zaidi Edrus Bin Mohd Noor. Sebuah titi papan telah dibina sebagai laluan murid untuk berulang alik. Ini kerana kawasan tersebut sering digenangi air ketika air pasang besar setiap bulan. Bangunan baru ini mempunyai struktur kayu dan beratapkan zink serta mempunyai padang permainan untuk aktiviti sukan dan riadah serta rumah guru.

Sekitar tahun 70an juga sekolah-sekolah di Daerah Samarahan yang dulunya ditadbir oleh Pejabat Daerah kini diserahkan kepada Jabatan Pendidikan dan bermula saat itu semua sekolah rendah di Sarawak dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kerajaan. Bermula dari era itu, proses naiktaraf sekolah berlaku dari masa ke semasa dan ini memberi keselesaan kepada murid untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Oleh kerana kawasan Samarahan khususnya kawasan Kampung Meranek mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, maka keperluan untuk membina bangunan sekolah yang lebih besar telah diusahakan sekitar awal tahun 2000. Ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak penduduk kampung untuk menuntut ilmu pengetahuan. Tahun 2001 bangunan konkrit baru telah siap untuk digunakan. Ia merupakan bangunan konkrit empat tingkat yang mengandungi tandas untuk pelajar lelaki dan perempuan pada setiap tingkat. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan Bilik Akses, Makmal Komputer, Pejabat Am, Bilik Perpustakaan, Bilik Kemahiran Hidup, Surau dan Kelas yang mencukupi bagi menampung keperluan murid.

Kini Sekolah Kebangsaan Meranek merupakan sebuah sekolah yang maju di Daerah Samarahan baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Sekolah ini menjadi ikon bagi permainan bola baling peringkat sekolah rendah kerana ia sering muncul juara dalam pertandingan peringkat MSSR Daerah. Di peringkat negeri pula, ramai pemain sekolah ini mewakili Negeri Sarawak dalam pertandingan bola baling peringkat MSSM Kebangsaan. Sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Meranek sedang meniti jalur kecemerlangan baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Meranek
D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082672068
Fax = 6082672068

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020).

Pautan luar sunting