Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya

Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya atau nama ringkasnya SKMJ, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bebar, merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kg. Kajang Merchong, Pekan, Pahang.

Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya
Lokasi
 Malaysia Kg. Kajang, Pekan, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Maju Jaya
Ditubuhkan1928
Nombor sekolah01165732133
Kod sekolahCBA5044
Pengerusi PIBGEncik Tahir bin Ali
Guru besarEncik AHMAD IMRAN BIN MD ISA
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Nor Zafirahanis binti Abdul Manan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan MARIANA BINTI KAMAROHZAMAN
Penolong Kanan KokurikulumEncik Fadlul Adli bin Abd Razak
Faks01165732166


Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya memiliki 429 orang pelajar lelaki dan 364 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 793 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2017

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya (SKMJ), dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Bebar (SK Bebar), telah didirikan pada tahun 1928. Guru besar pertama sekolah ini ialah En. Khalid bin Abu Bakar dengan seorang guru dan muridnya seramai 50 orang. Sekolah ini terletak di Kampung Kajang, Merchong dan jaraknya ke PPD Pekan ialah 55 km. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.[1]

Pernah satu ketika, sekolah ini hampir ditutup kerana kekurangan murid. Pertambahan murid dari semasa ke semasa dengan mendadak disebabkan kemasukan petani-petani dari Kedah yang dibawa masuk untuk pembukaan tanah dan pengusahaan sawah padi, kolam udang, ladang kelapa sawit, dan pokok kenaf.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya
Kg. Kajang,
Pahang, Malaysia
Telefon = 60941275939
Faks = 6094127827

Pautan luar sunting