Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Stadium
Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Stadium atau nama ringkasnya SK Methodist Telok Datok , merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jugra.
Sekolah Kebangsaan Methodist Telok Datok Banting | |
---|---|
Lokasi | |
Telok Datok, BANTING, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 331871504 |
Kod sekolah | BBB1031 |
Faks | 0331871504 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Stadium memiliki 237 pelajar lelaki dan 198 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 435 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009
Sejarah sunting
1927 –Dengan usaha Gereja Methodist Malaya, En. Gnanamony menubuhkan sebuah sekolah yang pada masa itu hanya berbumbungkan atap dan berlantaikan tanah liat dengan nama Methodist English School (MES).
1941 – Ditutup kerana Perang Dunia Kedua. En. G. S Arumugam mendapat kebenaran Pegawai Daerah untuk menggunakan Kelab Stoner , Telok Datok sebagai tapak sementara sekolah dengan 60 orang murid.
1952 – Rev. J. A. P Oswald dari Gereja Methodist mewujudkan 3 buah kelas sebagai Kelas Bantuan Modal Kerajaan.
1953 –Dengan satu blok yang mengandungi 5 buah bilik darjah dan seramai 160 orang murid serta 8 orang guru , MES merupakan sekolah aliran Inggeris yang pertama di Daerah Kuala Langat . Rev. J. A. P Oswald menjadi Guru Besar yang pertama.
3/12/1954 – Blok kedua dibina dengan 10 buah bilik darjah yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Sri Raja Uda b. Raja Muhammad.
1956 – MES mempunyai 14 buah bilik darjah, sebuah pejabat , sebuah kantin dan tandas .
1957 – Bermula pendidikan menengah rendah..
1962 – MES dipecahkan kepada 2 pentadbiran. En. V. K. Vincent Daniel menjadi Pengetua Sekolah Menengah manakala En. Sam Paranjothy menjadi Guru Besar Sekolah Rendah.( dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Telok Datok)
14/10/1967 – Tambahan satu blok bangunan 2 tingkat diberi nama ‘Bangunan Madam Chi Liung’ bagi mengenang jasa beliau terhadap sekolah ini. Mengandungi 6 bilik darjah dan pejabat Guru Besar. Dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Haji Harun bin Hj Idris.
Pencapaian sunting
Alamat sunting
- Sekolah Kebangsaan Methodist
- Jalan Sekolah, Telok Datok
- Banting 42700
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 331871504
- Fax = 331871504