Sekolah Kebangsaan Morni Pok

Sekolah Kebangsaan Morni Pok atau nama ringkasnya SK Morni Pok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wakil Pos Kampong Pok,.

Sekolah Kebangsaan Morni Pok
Lokasi
 Malaysia Wakil Pos Kampong Pok,, 81560, Gelang Patah,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075073509
Kod sekolahJBA1047
Guru besarROSLI BIN JAMIRAN [1]
Faks6075073509


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Morni Pok memiliki 136 pelajar lelaki dan 132 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 268 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bermula pada tahun 1957 apabila Allahyarham Encik Atan bin Tendut memberikan sebidang tanah seluas satu ekar bertujuan untuk membina sekolah. Pembinaan sekolah ini telah diusahakan oleh sebuah Jawatankuasa Penubuhan sekolah dengan dipengerusikan oleh Encik Jaafar bin Haji Ali, Ketua Kampung Pok Besar ketika itu. Maka dengan ini, tertubuhlah sebuah sekolah yang diberi nama ‘Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok’. Nama sekolah ini adalah mengambil sempena daripada hasrat penduduk Kampung Pok ini yang telah mendirikan sekolah ini dengan cara bergotong-royong dengan perasaan yang suci murni dan sekolah ini juga menjadi kenang-kenangan warisan penduduk Kampung Pok di masa hadapan. Sekolah ini juga merupakan untuk faedah penduduk Kampung Pok khasnya.

           

           Untuk mendirikan Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok ini, semua penduduk Kampung Pok bermurah hati menderma dan wang yang dapat disumbangkan ialah sebanyak RM 1,200.00 dan daripada wang itulah telah dapat didirikan sebuah sekolah yang bertaraf sekolah rakyat.Sekolah Kebangsaan Kenangan Murni Pok didirikan di atas sebidang tanah yang luasnya kira-kira satu ekar yang telah dihadiahkan oleh Encik Atan bin Tendut (telah meninggal dunia). Beliau adalah bekas Ketua Kampung Pok Kecil.

           

           Penduduk Kampung Pok Kecil, Pok Besar dan Paya Mengkuang, didapati mempunyai ramai anak-anak yang bersekolah. Anak-anak mereka terpaksa bersekolah di Kampung Tanjung Adang. Perjalanan dari Kampung Pok ke Tanjung Adang amatlah sukar. Oleh yang demikian penduduk Kampung Pok ini berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah sendiri. Sekolah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk kampung ini. Di samping itu, ketika itu masih ada lagi kesan-kesan darurat. Oleh itu bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka, sebuah sekolah perlu didirikan di kampung ini.

           

           Kira-kira pada awal September 1957, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tapak bangunan sekolah. Pokok-pokok getah ditebang, mereka mengambil bahan-bahan tempatan seperti kayu-kayu hutan dan daun nipah untuk mendirikan sebuah sekolah. Bentuk sekolah ini bertiangkan kayu bulat, berdindingkan papan dan beratapkan nipah serta berlantaikan simen. Panjangnya kira-kira 60 x 20 kaki dan telah siap pada akhir bulan September 1957.

             Sekolah ini telah dibuat oleh tukang-tukang tempatan seperti Tuan Haji Salleh bin Ahmad, Encik Abbas bin Pengawah dan Encik Bargong bin Sarmon.Sekolah ini telah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Johor Bahru dalam bulan Januari 1958 dan permulaan sekolah ini dibuka pada bulan Februari 1958. Ia mula beroperasi pada 8 Februari 1958 dengan  bilangan muridnya seramai 58 orang di dalam 2 kelas iaitu kelas satu dan kelas dua, guru yang bertugas pada mulanya hanya seorang sahaja iaitu Cikgu Mohd. Said bin Abdul Hamid dan kemudiannya ditambahkan dengan beberapa orang guru lagi.

                  Satu perubahan berlaku, iaitu pada awal tahun 1960, Jabatan Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu melalui wakil rakyat Parlimen Y.B. Dato’ Sulaiman bin Haji Abdul Rahman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 3,000.00 untuk mendirikan bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama. Bangunan ini berukuran 100’ x 20’. Bangunan ini berdindingkan papan dan beratapkan zink.Guru Besar pada masa itu ialah Encik Mohammad Amin bin Idris. Pada masa tahun 60an, murid sekolah itu telah bertambah daripada asalnya 58 orang kepada lebih daripada 120 orang murid.

                  Kemudian, bantuan yang tidak pernah putus itu datang sekali lagi pada tahun 1969. Kali ini melibatkan Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM 84,000.00 dan dengan wang peruntukan tersebutlah didirikan sebuah bangunan baru 2 tingkat dan bangunan inilah yang terdiri sehingga kini. Dengan adanya bangunan baru ini, ia dapat menampung lagi murid-murid dari masa ke semasa. Walaupun telah ada bangunan ini tetapi masih ada kekurangannya dan pada tahun 1983 sekali lagi melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberikan peruntukan wang sebnayak RM 120,000.00 untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan iaitu bangunan kantin sekolah ini.

                       Dalam tahun 1989 pula, sekolah ini mendapat bangunan dari projek baru iaitu sebuah bangunan Pusat Sumber berjumlah lebih kurang RM 80,000.00 dan sebuah bangunan lagi mengandungi 4 bilik darjah dalam skim projek gotong-rotong dengan peruntukkannya sebanyak RM 50,000.00. Kedua-dua projek ini bermula dalam bulan Ogos 1989.

                      Sekolah ini nampaknya kecil tetapi ia telah melahirkan beberapa orang pelajar yang berjaya ke pusat-pusat pengajian tinggi (Universiti) yang menjadi kebanggaan kepada gur-guru dan penduduk-penduduk kampung ini dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar di sekolah ini di masa akan datang.


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Morni Pok
Wakil Pos Kampong Pok,
81560, Gelang Patah
Johor, Malaysia
Telefon = 6075073509
Fax = 6075073509

Pautan luar sunting