Sekolah Kebangsaan Mukut

Sekolah Kebangsaan Mukut atau nama ringkasnya SK Mukut, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Rompin. Selepas Tahun 6 , pelajar ini menyambung pelajaran di SMK Tekek dan tinggal di asrama.

Sekolah Kebangsaan Mukut
Lokasi
 Malaysia Pulau Tioman, Rompin,, MERSING, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094120112
Kod sekolahCBA8031
Faks6094120420
Sekolah Kebangsaan Kampung Mukut

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mukut memiliki 11 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 26 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Pada 2015, murid SK Mukut hanya 8 orang sahaja dengan 11 orang guru. Seorang pengawal pengawal keselamatan untuk menjaga sekolah ini. Para pelajar diberi makanan percuma menerusi 'Rancangan Makanan Percuma' . Guru-guru menetap di rumah / kuarters yang disediakan berhampiran dengan sekolah.

Sejarah sunting

Mula ditubuhkan pada tahun 1950 sebagai sekolah rakyat dengan jumlah murid seramai 20 orang dan 2 orang guru. Pada tahun 1982 sekolah tersebut ditutup dan dibuka balik pada tahun 1997 dengan jumlah murid seramai 11 orang dan 4 orang guru. Pada tahun 1998, satu bangunan baru dan kuartes telah dibina untuk kemudahan pelajar dan guru. Pada tahun 2003, kantin telah dibina untuk kemudahan pelajar.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Mukut
Pulau Tioman, 86800 Mersing,
Rompin,
Pahang, Malaysia
Telefon = 094120112
Fax = 094120420

Pautan luar sunting