Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin

Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin atau nama ringkasnya SK Munggu Bringin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman.

Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman, 95007, Sriaman,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBA2103
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin memiliki 61 pelajar lelaki dan 71 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 132 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada awal tahun 1960 an, kawasan ini yang mempunyai keluasan kira-kira 40 km persegi dan mempunyai tiga buah sekolah yang bertaburan mengikut kedudukan tiga buah rumah panjang masyarakat Iban.

Rumah Panjang Punggu ada sebuah sekolah, Rumah Panjang Bait mempunyai sebuah sekolah dan di Rumah Panjang Kara ada sebuah sekolah lagi.

Namun ketiga-tiga buah sekolah menghadapi masalah yang sama iaitu masalah tidak cukup biangan murid yang berdaftar. Untuk mengatasi masalah ini, penduduk di ketiga-tiga kawasan ini sepakat untuk menutup sekolah di kawasan masing-masing.

Sebagai ganti, mereka setuju mewujudkan sebuah sekolah baru yang kedudukannya di tengah-tengah kawasan ketiga-tiga buah rumah panjang yang memudahkan semua orang sampai ke sekolah.

Secara rasminya pada tahun 1968, Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin pun ditubuhkan. Sekolah ini terletak di atas sebuah bukit. Ia membawa maksud “Munggu” dalam bahasa Iban. Di tengah-tengah “Munggu” ini ada serumpun “pohon Bringin” yang besar. “Bringin” dalam bahasa Iban ialah sejenis kayu. Maka dengan itu, wujudlah nama “Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin”.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman
95007, Sriaman
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting