Sekolah Kebangsaan Olak Lempit

Sekolah Kebangsaan Olak Lempit atau nama ringkasnya SK Olak Lempit, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sk Olak Lempit, Kg Olak Lempit.

Sekolah Kebangsaan Olak Lempit
Lokasi
Sk Olak Lempit, Kg Olak Lempit, BANTING, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan6 Januari 1952
Nombor sekolah331492589
Kod sekolahBBA1005
Faks331492589


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Olak Lempit memiliki 375 pelajar lelaki dan 345 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 720 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Olak Lempit bermula sebagai sekolah rakyat yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung, yang menjadi amalan dan tradisi serta tenaga yang gigih daripada setiap ahli masyarakat yang berjiwa ingin maju ketika itu. Permulaannya adalah sakadar sebuah bangunan kayu yang beratapkan nipah, berlantaikan papan dan dinding sekerat, luasnya 25 × 50 kaki persegi yang dibangunkan pada 6 Januari 1952.

Setelah sekolah siap dibina, murid-murid darjah 2 dan 3 di Sekolah Melayu Sungai Manggis berpindah ke sekolah ini. Walaupun dasarnya sekolah sudah siap dibina, tetapi terdapat berbagai-bagai masalah yang perlu ditempuhi kerana segala-galanya dalam keadaan serba kekurangan. Selain daripada kekurangan kemudahan-kemudahan asas seperti air, tandas dan bilik-bilik darjah yang sempurna, masalah besarnya ialah kekurangan tenaga pengajar. Sekolah ini pada masa itu menampung seramai 60 orang murid dan hanya mempunyai 2 orang guru sahaja iaitu seorang Guru Besar dan seorang guru penolong (guru pelatih).

Apabila negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, satu jawatankuasa bertindak bagi sekolah ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1958 dengan tujuan untuk mendapatkan sebuah bangunan sekolah yang baru. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh jawatankuasa tersebut. Mereka telah menghantar satu rombongan telah beberapa kali pergi menemui Pegawai Pelajaran dan surat-surat permohonan juga berulang-ulang kali dihantar. [1]

Akhirnya, pada pertengahan tahun 1962 sebuah bangunan baru mula didirikan. Sesungguhnya Sekolah Melayu Kampung Olak Lempit yang mula-mula didirikan itu dapatlah dikatakan sebagai perintis kepada keadaan yang ada pada hari ini. Sekolah Melayu Olak Lempit kemudian bertukar nama menjadi ‘Sekolah Umum’ iaitu pada awal 60-an dan seterusnya menjadi ‘Sekolah Kebangsaan Olak Lempit’

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Olak Lempit
Sk Olak Lempit, Kg Olak Lempit
Selangor, Malaysia
Telefon = 331492589
Fax = 331492589

Pautan luar sunting