Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih


Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih atau nama ringkasnya SK Pa ' Dallih, merupakan salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Perkampungan Pa' Dallih yang beralamatkan ; D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram.

Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0132860054
Kod sekolahYBB4347
Guru besarEN. GARAWAT RIBOH
GPK Pentadbiran dan AkademikEN. DOM DAWIN JANGIN
FaksTIADA

Pada tahun 2014, Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih memiliki 13 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 28 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 13 orang guru yang terdiri daripada dua orang guru perempuan dan selebihnya adalah guru lelaki. Tahap komuniti warga sekolah dan penduduk kampung adalah pada peringkat yang baik dan mempunyai perhubungan yang rapat.

Sejarah sunting

Perubahan zaman telah meletakkan sekolah ini berada pada peringkat yang lebih baik contohnya, dari aspek laluan pengangkutan. Terdapat dua pilihan laluan (utama) yang dapat digunakan untuk menjejakkan kaki ke sini. Yang pertamanya adalah dengan melalui jalan balak (tanah merah berbatu halus-kasar) dan juga dengan menaiki twin-otter maswing yang mana lapangannya terletak di Bario.

Jangka masa perjalanan : Pilihan 1 - 12 jam 4X4 dari Miri ke Pa'dallih.

Pilihan 2 - Sejam dari Bario (menaiki Maswing).

Dari aspek pembangunan dan infrastruktur, SK Padallih mempunyai satu blok bangunan akademik, satu blok prasekolah, satu blok asrama murid (lelaki dan perempuan) dan beberapa buah kuaters guru dan kakitangan sekolah. [**tambahan : blok-blok sekolah secara keseluruhannya telah dicat dengan warna yang baharu lagi menarik bagi memastikan suasana pengajajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang kondusif di samping menceriakan kawasan sekolah]

Gelanggang bola tampar yang berkeadaan elok dapat digunakan dengan baiknya dek kerana penjagaan rapi oleh pihak sekolah khususnya warga sekolah itu sendiri. Selain itu, satu padang bola sepak dan padang futsal turut melengkapkan fasiliti permainan kawasan sekolah ini dengan baiknya.

Antara faktor yang dapat dijadikan sebab perhubungan mesra antara warga pendidik dan penduduk kampung adalah berlandaskan tahap sosialisasi semasa melakukan beberapa aktiviti bersama. Contohnya semasa waktu bermain dan perkelahan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram
98050, Marudi
Sarawak,   Malaysia
Telefon = 0132860054
Fax = TIADA

Pautan luar sunting