Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1

Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 atau nama ringkasnya SK Padang Garong 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Hospital,.

Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1
Lokasi
Jalan Hospital,, 15200, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097418243
Kod sekolahDBA1438
Faks6097418244


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 memiliki 475 pelajar lelaki dan 353 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 828 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah sunting

Nama asalnya ialah sekolah Melayu Padang Garong.Sekolah ini ditubuhkan oleh Kerajaan Kelantan bertempat di Padang Merdeka (sekarang berhadapan Masjid Muhammadi dan Istana Balai Besar). Ia merupakan sekoah Melayu pertama di Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1904 iaitu setahun selepas Penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar,Perak. Ia diletakkan di bawah kelolaan En. Mohamad Ghazali Bin Arifin sebagai Guru Besar.

Pada tahun 1908 sekolah ini diperbaiki semula dan bertempat di sebelah timur Pejabat Ukur Kelantan. Pada masa itu sekolah ini mempunyai 4 darjah iaitu darjah satu hingga darjah empat. Guru Besar pada masa itu ialah En.Bongsu yang berasal dari Kampung Kubang Pasu,Kota Bharu.

Tahun 1936 sekolah ini berpindah ke bangunan baru dua tingkat di Jalan Padang Garong dengan Jalan Mahmood (sekarang di kenali dengan Blok Warisan). Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 3 Januari 1937 dan diberi nama sekolah Melayu Padang Garong.

Pada tahun 1968 Sekolah Melayu Padang Garong telah berpindah ke tapak sekarang di kompleks sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab. Pada masa yang sama Sekolah Rendah Kebangsaan Islah yang bertempat di tapak asal Padang Bongor (sekarang Maahad Muhammadi (lelaki) di jalan Pengkalan Chepa ) berpindah ke bangunan Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1) sekarang.

Bangunan ini (Blok Warisan) digunakan juga oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail (2) secara bergilir dengan SRK. Islah.Kedua-dua sekolah ini berkongsi bengunan dan digunakan secara bergilir-gilir sessi pagi dan petang.

Pada tahun 1978 SRK.Sultan Ismail (2) berpindah ke Jalan Long Yunus (tempat sekarang) iaitu bersebelahan dengan SM.Dato Ahmad Mahir dan bersetentangan dengan SRJK (C) Pier Chih.

Pada tahun 1990 SRK .Islah berpindah ke bangunan baru di Jalan Long Yunus berhadapan dengan balai Bomba . Blok Waroisan dikekalkan dengan nama SK.Padang Garong (1). Pada masa itu murid-murid diberi pilihan untuk memilih kedua-dua sekolah tersebut. Pada masa yang sama Sekolah Padang Garong (di kompleks sekolah-sekolah) di tukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Padang Garong (2) dengan mengekalkan lencana sedia ada. Sementara Sek.Keb.Padang Garong (1) menggunakan lencana dan motto yang baru.

Semasa Guru Besar En.Zakaria Bin Hj.Ismail ,tiga blok bangunan baru mula dibina pada tahun 1993.Pada tahun 1997 semasa Pn.Hjh.Karimah Bt. Ismail sebagai Guru Besar, beliau menamakan blok-blok bangunan itu dengan Blok Warisan , Blok Bestari, Blok Iltizam,dan Blok Gemilang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1
Jalan Hospital,
15200, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097418243
Fax = 6097418244

Pautan luar sunting