Sekolah Kebangsaan Padang Lumat


Sekolah Kebangsaan Padang Lumat atau nama ringkasnya SK Padang Lumat, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Padang Lumat
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah047692192
Kod sekolahKBA9002
Guru besarTn Hj Abas@Azizan b Din
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Hjh.Fadzilah Bt Hj.Mahmud
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn.Che Badariah Bt Hj Ibrahim
Faks047692192


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Padang Lumat terletak di Km 25 Padang Lumat Jalan Alor Setar-Sungai Petani. Kedudukan sekolah kira-kira 100 meter dengan jalan raya tersebut.

Sejarah asal sekolah ini adalah berdasarkan kepada catatan Tn. Hj. Ibrahim bin Shafie, bekas Guru Besar.

Berdasarkan catatan tersebut sekolah ini diasaskan sebelum perang dunia ke 2 lagi iaitu pada tahun 1934 oleh beberapa orang pemimpin tempatan dan dengan sokongan ibu bapa. Sekolah ini dinamakan Sekolah Rakyat Padang Lumat dengan murid seramai 34 orang dan diajar oleh seorang guru iaitu En. Ahmad bin Endut.

Pada tahun 1939, murid sekolah ini bertambah kepada 100 orang dan bil guru bertambah kepada 3 orang.

Bangunan sekolah pada masa itu hanya berukuran 60X16 kaki. Dinding diperbuat daripada buluh, atap nipah dan berlantaikan tanah sahaja. Masa berlakunya perang dunia akhir tahun 1941, sekolah ini telah dibakar oleh tentera Jepun semasa mereka singgah di sini.

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Pengasas telah ditubuhkan untuk membina semula sekolah ini dengan bangunan seluas 60 X 30 kaki. Tiang bulat, atap zink, dinding papan dan lantai simen. Bilangan murid pada masa itu seramai 70 orang dan 4 orang guru.

Pada tahun 1952, sebuah bangunan 150 X 25 kaki didirikan oleh Jabatan Pelajaran yang dirasmikan pada 11 Mei 1952 oleh Pegawai Daerah Yan. Sekolah ini menerima bantuan penuh kerajaan pada 15 April 1961. Guru kerajaan yang berkelayakan juga dihantar. Guru Besar yang pertama ialah En. Ibrahim bin Shafie dan En. Omar bin Ismail sebagai penolongnya.

Pada tahun 1977 satu bangunan 2 tingkat didirikan untuk menampung peningkatan pertambahan murid. Pada tahun 1981 satu bangunan 2 tingkat telah didirikan dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu Yang Berhormat Dato' Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 6 November 1984.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Pautan luar sunting