Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang


Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gong Kekabu , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang
Lokasi
Jalan Gong Kekabu,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096194727
Kod sekolahTBA4024[1]
Guru besarPn. Mahshuri Bt Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn. Azlan Bin Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Alias Bin Mohamad
SingkatanSKPM
Kemasukan7 - 12 tahun
Faks6096196360
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 796 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2018[1]

SejarahSunting

Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang ditubuhkan pada 16 Jun 1997 bersamaan 10 Safar 1418 di Daerah Marang khasnya. Pada peringkat awal penubuhannya, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang telah memulakan operasinya buat sementara waktu di SK Bukit Payong. Pada ketika itu, Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang telah menerima 17 orang guru termasuk Guru Besar iaitu Tuan Haji Laui Bin Ismail sebagai pelopor yang bakal menjulang nama Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang ke peringkat yang tertinggi.

Pada 5 Oktober 1997, secara rasminya Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang telah beroperasi di lokasi yang sebenar terletak kira-kira 17 kilometer dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terangganu dan 24 kilometer dari Bandar Marang.

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang
Jalan Gong Kekabu , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096194727
Fax = 6096196360

RujukanSunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luarSunting