Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan

Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan atau nama ringkasnya SK Panglima Adnan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 4, Jalan Pantai, Bagan Pinang, Si Rusa,.

Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan
Lokasi
 Malaysia Batu 4, Jalan Pantai, Bagan Pinang, Si Rusa,, 71050, Port Dickson,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-6471614
Kod sekolahNBE2067
Guru besarTn. Halue Bin Mattahir
Faks06-6470010
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan memiliki 434 pelajar lelaki dan 456 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 890 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini bermula dibuka pada 2 Januari 1972. Para pelajar dan pendidikannya terdiri daripada semua warga Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang yang terletak di Batu Tiga, Kampung Bagan Pinang (tapak ini sekarang telah dibangunkan sebagai Kompleks Penginapan Kementerian Pendidikan). Bangunan yang digunakan ialah Blok B (Sekarang Kelas Penyayang). Guru Besar Sekolah Bagan Pinang ketika itu En. Ali Hanafiah b. Abd Ghani telah diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan sekolah ini ketika itu.

Pada 1 Julai 1972, bangunan Blok A yang mengandungi 13 bilik darjah pula mula digunakan. Semua pelajarnya terdiri dari murid-murid GEPS/PD (sekarang SRK Port Dickson) yang telah dipindahkan ke sekolah ini. Sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Inggeris Bagan Pinang.

Dua sekolah yang berhampiran ini mula digabungkan dibawah satu pengurusan. Guru Besar yang baru, Tn. Halue Bin Mattahir telah dilantik sementara Pn. Fauziah Binti Ahmad telah ditukarkan ke Jempol.

Sekolah ini dinobatkan nama barunya ialah itu Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan bersempena nama seorang Pegawai Tentera dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu dari penjajahan Tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Pada 1 November 1974 merupakan tarikh keramat apabila Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dikunjungi oleh Timbilan Pendidikan ketika itu En. Chan Siang Sun.

Bangunan Surau sekolah ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohd Isa b. Hj. Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 8 April 1986. Surau ini diubahsuai pada tahun 1996 dengan mengunakan peruntukan dari Menteri Pendidikan ketika itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kawasan Port Dickson pula dibina pada tahun 1992. Penubuhan PKG ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua Warga Pendidikan di Kawasan Port Dickson untuk memperolehi ilmu daripada aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh Penyelaras PKG.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan
Batu 4, Jalan Pantai, Bagan Pinang, Si Rusa,
71050, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 06-6471614
Fax = 06-6470010

Pautan luar sunting