Sekolah Kebangsaan Pantai Prai


Sekolah Kebangsaan Pantai Prai atau nama ringkasnya SK Pantai Prai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Pantai Prai
Lokasi
Padang Serai, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044315993
Kod sekolahKBA3012
Guru besarRahimah binti Hussain
Faks044315993
Laman sesawang
Map

Sejarah sunting

Masyarakat kampung Pantai Prai yang merasakan pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka telah mencetuskan idea untuk mewujudkan sebuah sekolah rakyat tanpa bangunan berbangkukan batang kelapa di bawah rumah Allahyarham Puan Hajah Aishah binti Saad pada tahun 1947. Guru pengasasnya ialah Cikgu Hanafi bin Mutalib.

Pada tahun 1950, dengan murah hati Puan Aishah bt Ariffin mewakafkan tanahnya untuk mendirikan bangunan sekolah secara gotong-royong berbumbungkan atap bertam dan berdindingkan buluh dengan keluasan 40 kaki x 20 kaki tanpa bilik.

Pada tahun 1963, sebuah bangunan telah dibina oleh kerajaan. Bermula dari tarikh inilah semua pentadbiran diambil alih oleh kerajaan. Dalam tahun 1984, sebuah bangunan pasang-siap mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah kantin telah dibina.

Softball

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pantai Prai
09400 Padang Serai
Kedah Darul Aman

Rujukan sunting

Pautan luar sunting