Sekolah Kebangsaan Pantu


Sekolah Kebangsaan Pantu atau nama ringkasnya SK Pantu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pekan Pantu, Sri Aman.

Sekolah Kebangsaan Pantu
Logo Sekolah Kebangsaan Pantu
Lokasi
Pantu, Sri Aman, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerilmu Berbakti Bersatu
Kod sekolahYBB2103
Guru besarEncik Abdul Rahman bin Bokhari
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Tommy Ak David Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Bugie Saran

Pada tahun 2024, Sekolah Kebangsaan Pantu memiliki 82 orang murid lelaki dan 62 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 144 orang. SK Pantu adalah Sekolah Asrama Harian. Daripada 144 orang muridnya, 58 orang adalah murid Asrama.

Bagi kakitangan yang bertugas di SK Pantu, 22 orang adalah guru, 7 orang kakitangan pelaksana dan 10 orang pekerja swasta. Para Pentadbir sekolah diketuai oleh En. Downey ak George (Guru Besar), En. Wong King Yiin (GPK Kurikulum), En. Bugie Saran (GPK HEM) dan En. Desmond ak Ngian (GPK KK).

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pantu telah ditubuhkan pada tahun 1950, ketika itu dibawah tajaan pihak pemerintah British sehinggalah pada tahun 1963. Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak daif, terhad dan kebanyakan bangunannya didirikan secara gotong-royong oleh ibu-bapa serta masyarakat setempat dan dibawah tajaan pihak Majlis Daerah (Local Council). Tiada kemudahan bekalan elektrik dan air bersih, lampu pelita dan air perigi adalah sumber bekalan asas murid asrama khususnya ketika itu.

Semenjak 1953 hingga 1960-an, murid asrama yang bersekolah di sini terpaksa membawa bekalan beras, lauk, kayu api dan memasak sendiri kerana ketika itu tiada tukang masak. Kerja rutin mereka pada waktu petang ialah sama dengan peranan Pekerja Am/ Pekerja Am Rendah sekarang.

SK Pantu merupakan sebuah sekolah yang damai dengan persekitaran yang luas, dikelilingi pokok-pokok yang menghijau menjadikannya sebuah sekolah yang berkonsepkan ‘Sekolah Dalam Taman’. Dalam tempoh semenjak kewujudan sekolah ini telah banyak melahirkan murid-murid luar bandar yang telah berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya mereka, sesuai dengan peranannya sebagai tempat mereka mendapatkan pendidikan asas/ permulaan melangkah ke alam persekolahan.

Logo Sekolah sunting

 
Logo SK Pantu

sunting

Rangka Bentuk Alat Penampan – Identiti Unggul / Keutuhan Sekolah

Kuning – Kedaulatan / Kemerdekaan

Hijau – Kedamaian / Alam Persekitaran Sekolah

Biru Tua – Perpaduan

Putih – Suci & Bersih (Fizikal & Mental) / Agama

Biru Muda – Globalisasi

Simbol Komponen-Komponen Pendidikan sunting

Topi – Matlamat Utama (Pendidikan) Misi & Visi

Mikroskop – Sains & Teknologi / Sikap Saintifik

Komputer – Dunia Teknologi Maklumat & Komunikasi

Buku – Gedung Ilmu Pengetahuan

Manusia – Kokurikulum / Sukan / Kesihatan

Moto sunting

"Berilmu Berbakti Bersatu" - Setelah menjadi orang yang pandai, haruslah berbakti kepada negara, bangsa & keluarga. Dalam pada itu konsep perpaduan iaitu bersatu harus dijadikan pegangan ke arah kesejahteraan bersama.

Guru Besar sunting

Senarai Guru Besar - Dulu dan Kini
Bil Nama Tahun Asal
Dari Hingga
1. Encik Sain Maja 1950 - Engkilili, Lubok Antu
2. Encik Urut - - Abok, Sri Aman
3. Encik Rimba - - Gran Stumbin, Sri Aman
4. Encik Edward Unggu - - Saribas, Betong
5. Encik Simong Naga - - Munggu Gran, Sri Aman
6. Encik Ronald Chenggir - - Entulang Jalai, Sri Aman
7. Encik Jambu Anggat 1981 - Saribas, Betong
8. Encik Wesley Ulok 1981 1986 Saribas, Betong
9. Encik Nelson Gemong 1987 2001 Lachau, Sri Aman
10. Encik Khairuddin Francis 2001 2005 Sabu, Sri Aman
11. Encik Haji Ahmad Abdullah 2005 - Kabong, Saratok
12. Encik Micheal Devenny 2005 - Engkranji, Sri Aman
13. Encik James Lungkong 2006 2006 Sg. Besai, Selanjan
14. Encik Louis Aom 2007 2012 Entulang Jalai, Sri Aman
15. Encik Chang Tze Pui 2012 2014 Bayai, Sri Aman
16. Encik Andrew Anchan ak Ubam 2015 2019 Sg. Keroh, Engkilili
17. Encik Abdul Rahman bin Bokhari 2020 2021 Sri Aman
18 Encik Abdul Razak @ Toddy bin Ahmad 2021 2023 Sri Aman
19 Encik Downey ak George 2024 Pantu, Sri Aman

Alamat Menyurat sunting

Sekolah Kebangsaan Pantu
D/A PPD Bahagian Sri Aman
95000, Sri Aman
Sarawak, Malaysia

Pautan luar sunting