Sekolah Kebangsaan Parit Kadir


Sekolah Kebangsaan Parit Kadir atau nama ringkasnya SK Parit Kadir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Parit Kadir,.

Sekolah Kebangsaan Parit Kadir
Lokasi
Kampong Parit Kadir,, 83200, Senggarang,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074277677
Kod sekolahJBA0063
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Kadir memiliki 108 pelajar lelaki dan 95 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 203 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah ini terletak kira-kira setengah kilometer dari Masjid Kampung Parit Kadir, Mukim X, Senggarang Batu Pahat, Johor. Nama sekolah ini mengambil sempena nama kampong yang telah diasaskan oleh Ketua Kampung ini iaitu Allahyarham Tuan Haj A. Kadir bin Amran. Kedudukan sekolah ini lebih kurang tiga kilometer dari jalan besar Parit Botak iaitu jalan bertar hingga ke sekolah.

Pengasas Sekolah Kebangsaan Parit Kadir iaitu Tuan Haji Salleh bin Haji Idris iaitu ketua kampong yang menggantikan Allahyarham Tuan Haji A. Kadir bin Amran. Beliaulah yang telah menghadiahkan tanah tapak asal sekolah ini. Bangunan asal sekolah ini didirikan dengan tenaga gotong royong penduduk kampong. Bangunannya diperbuat daripada kayu-kayu hutan terdiri daripada nibung, kayu riang berlantaikan batang pinang serta beratapkan rumbia yang terdapat di sekitar kampung ini dan siap dibina dalam tahun 1937.

Bangunan sulung sekolah ini hanya dapat digunakan selama empat tahun sahaja kepada pada tahun 1941 Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun, kampung dan sekolah ini telah dijadikan markas dan sekolah Jepun hingga tahun 1945. setelah Tentera Imperial Jepun menyerah kalah, pengganas komunis pula mengambil alih. Semasa komunis mengambil alih kuasa sementara, kebanyakan rumah-rumah orang kampung termasuk Sekolah Parit Kadir dibakar oleh komunis (1945).

Setelah kezaliman pemerintahan sementara komunis dapat diatasi dan berakhir yang mana kebanyakan telah melarikan diri ke dalam hutan, keadaan kampung kembali tenang dan aman, orang-orang kampung kembali ke rumah masing-masing termasuk Sekolah Parit Kadir di tapak yang lama. Pada 3hb Ogos 1950 bangunan sekolah ini telah berjaya didirikan semula oleh orang kampung yang merupakan sebuah bangunan kayu, atas tanah (tidak bertiang tinggi) dinding papan, beratapkan zing atas perbelanjaan orang kampung dan bakinya dari bantuan kerajaan.

Oleh sebab muridnya semakin bertambah dari semasa ke semasa, pada tahun 1953 didirikan pula sebuah lagi bangunan yang serupa di bahagian belakang bangunan sedia ada, yang juga sebahagian perbelanjaan mendirikannya hasil sumbangan orang kampung dan sebahagian lagi dibantu oleh pihak kerajaan. Bangunan tambahan yang baru ini diberi nama iaitu “Sekolah Seri Senyum” kerana mengambil sempena pengasas sekolah itu yang juga ketua kampung yang sentiasa tersenyum walaupun sering menempuh rintangan dan halangan dalam hidupnya. Ini bermakna ada dua bangunan sekolah yang mempunyai nama masing-masing.

Masa berlalu, keadaan berubah, dengan kehendak suasana, dua bangunan sekolah yang berada di satu tapak yang sama dan kedudukannya bersebelahan, mempunyai nama berasingan, mengambarkan seolah-olah tidak bersatu. Akhirnya dua bangunan sekolah ini dinamakan dengan satu nama iaitu nama asalnya SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADIR.

Dua puluh tiga tahun telah berlalu iaitu hingga tahun 1973 - Sekolah Kebangsaan Parit Kadir (bangunan kayu) semakin usang dimamah usia. Ketua kampungnya pada ketika itu Encik Jamah bin Surip bersama Guru besarnya Encik Abu Bakar bin Ismail dan Guru Penolong Kanannya Encik Shaharun bin Haji Othman serta AJK sekolah lainnya, telah berpakat berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh, memohon mendapatkan peruntukan dari pihak kerajaan supaya dibina bangunan yang baru. Selama 2 tahun berusaha dan berikhtiar akhirnya dengan berkat kegigihan dan semangat bersatu padu semua pihak, permohonan diluluskan pada 01 Mei 1975. Kerja-kerja membina bangunan baru dimulakan. Malang menimpa sejarah sekolah ini sekali lagi, pembinaannya tergendala beberapa kali kerana kontraktor yang diberi tanggungjawab membangunkan bangunan baru ini menghadapi masalah, akhirnya pada penghujung tahun 1978 bangunan baru sekolah ini sempurna didirikan.

Bangunan yang mengambil masa selama 3 tahun menyiapkannya, didirikan di bahagian hadapan bangunan lama, merupakan blok bangunan batu dua tingkat, mengandungi 12 bilik darjah,pejabat, bilik Guru Besar, bilik guru,stor,tandas guru dan tandas murid beserta sebuah kantin. Bangunan ini mula digunakan pada awal persekolahan penggal pertama tahun 1979 dan Majlis Perasmian Bangunan baru ini telah dilakukan oleh YAB Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman bin Saat pada 18 Oktober 1979.

Sehingga kini bangunan terakhir ini masih kekal seperti keadaan asal dan digunakan dengan sepenuhnya, manakala bangunan lama yang diperbuat daripada kayu beratapkan zing telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan mengancam keselamatan murid. Sebahagian bangunan lama masih dikekalkan dan digunakan oleh Kemas bagi menjalankan Kelas Tabika Kemas. Banyak aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi menceriakan serta membaik pulih beberapa perkara telah dilakukan bagi mempastikan bangunan ini dapat digunakan dengan selamat dan berfungsi dengan baik. Dan dijangkakan boleh digunakan dengan baik sehingga tahun 2005. Bersempena perkembangan era maklumat terkini sekolah ini, telah diperuntukkan sebuah bangunan komputer yang boleh digunakan oleh murid-murid mempelajari komputer dan alatan yang canggih.

PencapaianSunting

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Parit Kadir
Kampong Parit Kadir,
83200, Senggarang
Johor, Malaysia
Telefon = 6074277677 / 0137524700
Fax = TIADA

Pautan luarSunting