Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi

Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Wakil Pos Simpang Rawai , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi
Lokasi
Wakil Pos Simpang Rawai,, Kuala Terengganu,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096131885
Kod sekolahTBA5048[1]
Faks6096131885
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi memiliki 116 pelajar lelaki dan 111 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 227 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009[1]

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi ini dibuka pada 1hb. Jun 1957. Menurut Tuan Hj Daud, Pengerusi PIBG yang pertama, nama sekolah ini mengambil sempena nama Kampung Pasir Tinggi kerana pada waktu itu hanya ketua Kampung Pasir Tinggi sahaja yang ada. Melalui usaha Tuah Hj Daud dan beberapa orang penduduk kampung, mereka bergotong royong untuk membina sebuah bangsal yang dibuat daripa buluh dan batang nibong. Mereka membinanya di atas sebidang tanah yang luasnya lebih kurang 4 ekar yang terletak di Kampung Pantai Ali, milik Encik Musa bin Murah yang tinggal dikampung Bukit Tadok, Kuala Telemong.

Ukuran bangsal tersebut ialah 60 kaki dan lebarnya adalah 24 kaki. Murid pada waktu itu adalah seramai 40 oarang termasuk lelaki dan perempuan. Ianya ditadbir oleh seorang guru yang dibantu oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebagai “Sekolah Rakyat”. Guru besar yang pertama yang bertugas disini ialah En. Mohamad Bin Kasim.

Pada 1hb. Julai 1964, sebuah bangunan baru telah dibina, dan mula digunakan pada 13hb. Oktober 1964. Nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi.

Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi mendapat dua buah bangunan lagi tahun 80’ an. Sebuah bangunan telah dijadikan sebagai bilik guru dan pejabat dan sebuah lagi dijadikan bilik-bilik darjah. Pada tahun 1994 pula, sebuah bangunan tambahan dua tingkat telah siap dan boleh digunakan. Bagunan itu juga digunakan sebagai bilik-bilik darjah dan juga sebuah perpustakaan.

Pada tahun 2004 juga pihak sekolah mendapat sebuah bangunan baru yang menempatkan pejabat sekolah. Pada tahun 2005 pula, SK Pasir Tinggi telah mendapat sebuah bangunan kantin bagi mengantikan kantin lama yang kurang memuaskan. Bangunan kantin lama itu telah dibaik pulih dan telah dijadikan sebagai bilik guru yang baru dan lebih selesa. Dalam tahun itu juga sekolah ini telah menerima sebuah bangunan makmal computer yang menempatkan sebanyak 12 buah computer yang lengkap dengan kemudahan pelayaran jalur lebar(internet).

Pada bulan Julai 2006, SK Pasir Tinggi telah mendapat peruntukan daripada pihak kementerian untuk membina sebuah bangunan makmal sains yang baru menggantikan bilik sains lama yang kurang kelengkapan.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi
Wakil Pos Simpang Rawai , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096131885
Fax = 6096131885

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar sunting