Sekolah Kebangsaan Paya

sekolah kebangsaan di Perlis, Malaysia

Sekolah Kebangsaan Paya atau nama ringkasnya SK Paya, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km8.2, Jln Kaki Bukit,.

Sekolah Kebangsaan Paya
Lokasi
Km8.2, Jln Kaki Bukit,, 02400, Beseri,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049381771
Kod sekolahRBA0027
Faks6049381771
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Paya memiliki 199 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 375 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Paya adalah antara sekolah yang terawal di negeri Perlis yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Paya.

Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1908 dan diasaskan oleh penduduk setempat. Sekolah Kebangsaan Paya asalnya adalah dari sebuah Tandiap Raja peninggalan Al Marhum DYMM Tuanku Syed Saffi keluasannya pada masa itu ialah 4.05 ekar. Penduduk Kampung Paya merupakan pengasas sekolah ini yang pada mulanya mempunyai 40 orang murid lelaki sahaja.

Pada tahun 1918, bangunan Tandiap Raja digantikan dengan bangunan atas tanah. Sebuah sekolah baru beratap rumbia dan berlantaikan papan telah dibina oleh Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1927.

Seterusnya pada tahun 1929, Sekolah Kebangsaan Paya Perempuan pula didirikan di Alor Sena dengan bilangan 70 orang murid.

Pada tahun 1937, Bangunan dua tingkat yang sekarang ini dikenali sebagai Blok A telah didirikan. Bangunan bersejarah ini dikenal pasti oleh Jabatan Antikuiti Muzium atau Badan Warisan Malaysia dan gambar bangunan ini turut dipamerkan di Muzium Kota Kayang Perlis.

Pada tahun 1958, sebuah bangunan baru 5 bilik darjah atau sekarang dikenali sebagai Blok B telah didirikan oleh Kementerian Pelajaran Tanah Melayu. Dua tahun kemudian (1960) Sekolah Kebangsaan Paya Perempuan telah dicantumkan dengan Sekolah Kebangsaan Paya Lelaki di bawah pentadbiran seorang Guru Besar.

Seterusnya Sekolah Kebangsaan Paya maju setapak lagi dengan terbinanya Bangunan dua tingkat yang dikenali sebagai Blok C pada tahun 1970. Tingkat atas menampung tiga bilik darjah, pejabat sekolah dan bilik air, tingkat bawah pula mempunyai dua bilik darjah, bilik gerakan, klinik gigi, setor dan bilik air.

Blok G dengan dua bilik darjah pula didirikan ketika usia sekolah mencapai 80 tahun iaitu dalam tahun 1988. Pada tahun 1990, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Paya pula dibina bagi menempatkan buku-buku bacaan dan ruang bacaan yang lebih selesa.

Tahun 2000 menyaksikan tiga buah bangunan gotong-royong telah didirikan dengan menempatkan 6 buah bilik darjah bagi menampung pertambahan bilangan murid yang pesat ekoran kecemerlangan akademik yang telah dicapai. Sebuah Makmal Komputer telah didirikan dan telah digunakan sepenuhnya bagi pengajaran dan pembelajaran mulai Jun 2002.

Pada 23 Disember 2010 dua buah blok bangunan baru telah diserahkan kepada warga Sekolah Kebangsaan Paya dan ia dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur terkini dan moden termasuklah ruang pejabat, bilik Guru Besar dan bilik Penolong Kanan yang selesa, ruang pejabat guru, bilik seni, bilik SAL, bilik muzik, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup yang moden, serta enam buah bilik darjah, bilik air, setor dan ruang serbaguna yang luas.

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah mencapai keputusan 100% kelulusan dalam UPSR 2009. Pada tahun 2009, 2010 dan 2011 sekolah ini telah mendapat sekolah terbaik negeri Perlis dengan menduduki tangga pertama bagi negeri Perlis.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Paya
Km8.2, Jln Kaki Bukit,
02400, Beseri
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049381771
Fax = 6049381771

Pautan luar sunting