Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Kelang

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Kelang atau nama ringkasnya SK Pelabuhan Kelang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah,.

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Kelang
Lokasi
Jalan Sekolah,, PELABUHAN KLANG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331686848
Kod sekolahBBA0003
Faks331686848


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Kelang memiliki 415 pelajar lelaki dan 368 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 783 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang telah ditubuhkan pada tahun 1916 dengan nama Port Sweeternhem Malay. Bermula dengan sebuah bangunan sepanjang 60 kaki dan tiada bilik khas. Murid sulungnya seramai 70 orang dengan 7 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1937 bangunan tambahan didirikan untuk menampung bilangan murid yang meningkat. Bangunan tersebut didirikan di atas tapak tanah seluas 4 ekar. Pada tahun 1937 bangunan tambahan dibina lagi iaitu 3 buah bilik darjah untuk menampung seramai 162 orang murid.

Pada tahun 1966 semua bangunan sekolah yang telah dibina runtuh akibat ribut yang melanda disekitar Pelabuhan Klang. Pada tahun 1967 bangunan Blok A dan E sekarang dibina semula dengan kemudahan 6 buah bilik darjah, kantin, tandas guru, dan tandas murid dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Kelang
Jalan Sekolah,
Selangor, Malaysia
Telefon = 331686848
Fax = 331686848

Pautan luar sunting