Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah Karambunai

Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah Karambunai atau nama ringkasnya SK Pengiran Siti Hafsah Karambunai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 12946.

Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah Karambunai
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 12946, 88832, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088411140
Kod sekolahXBA4011
PengetuaTuan Haji Mohammad B. Hassan
Penolong Kanan KokurikulumMudin B. OsmanTeks tebal
Faks6088411140


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah Karambunai memiliki 112 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 217 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK. Karambunai telah dibina dalam lingkungan tahun 40-an .Sekolah ini dikenali sebagai SK. Sukarela Rakyat Kg. Karambunai dan merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah ini. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Allahyarhamah Pengiran Siti Hafsah Bte Pengiran Mohd Salleh. Beliau merupakan seorang pemimpin masyarakat Kg. Karambunai ketika itu. Pada peringkat awal sekolah ini hanya menggunakan pondok-pondok kecil beratapkan rumbia/ nipah dan pokok-pokok rendang sahaja. Jumlah murid ketika itu lebih kurang 30 orang yang terdiri dari penduduk tempatan dari kampong berhampiran seperti Kampung Gayang, Kampung Gentisan, kampung Melawa, Kampung Kebayau dan lain-lain kampung. Di antara guru-guru yang pernah berkhidmat di Sekolah Sukarela Rakyat ini ialah bekas Tuan Yang Terutama Negeri Sabah ( TYT)dan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Tun Mohd. Fuad Stephen dan Encik Mohd Said yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Pada tahun 1952 dengan pertambahan jumlah murid yang ramai Kerajaan British telah mengambil alih sekolah ini dan membina sebuah bangunan sekolah dan dua buah rumah guru. Perubahan ini telah mengubah nama sekolah ini kepada Government Primary School ( GPS ) Karambunai. Guru Besar pertama yang menerajui sekolah ini ialah En. Ariffin Bin Duning. Pada tahun 1981 sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekolah baru disebabkan oleh :- i. Hakisan tanah yang menyebabkan kawasan sekolah menjadi kecil dan membahayakan keselamatan murid. ii. Kawasan sekolah adalah terhad untuk dibangunkan. iii. Kawasan sekolah terlalu hampir dengan tanah perkuburan masyarakat islam kampong ini. Dengan kawasan baru ini berkeluasan 4.96 ekar merupakan kawasan yang didermakan oleh tuan tanah iaitu Pengirah Siti Hafsah dan sempena nama Allahyarhamah juga sekolah ini sekali lagi ditukar namanya kepada SK. Pengiran Siti Hafsah Karambunai mulai tahun 1990

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah Karambunai
Peti Surat 12946
88832, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088411140
Fax = 6088411140

Pautan luar sunting