Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting atau nama ringkasnya SK Pengkalan Rinting, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 5 , Tampoi.

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting
Lokasi
 Malaysia Batu 5 , Tampoi, 81200, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072361936
Kod sekolahJBA1003
Guru besarEN MD SHUKRI BIN SULTANI [1]
Faks6072361936


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting memiliki 603 pelajar lelaki dan 585 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1188 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting terletak di sebelah kiri Pekan Tampoi iaitu lebih kurang 8 km dari Bandaraya Johor Bahru. Ianya adalah berhampiran dengan Polis Merin DiRaja Malaysia Cawangan Selatan. Pada suatu ketika dahulu Pengkalan Rinting merupakan tempat perahu-perahu kecil berlabuh untuk para nelayan atau penduduk yang berkunjung ke Pekan Tampoi. Sekolah ini ditubuhkan di atas daya usaha dan kehendak masyarakat setempat di sekitar Kampung Pasir, Kampung Pengkalan Rinting, Pekan Tampoi dan sekitarnya. Penubuhannya adalah pada tahun 1943 ketika zaman pemerintahan Jepun di Malaysia.

Bangunan asal sekolah ini adalah dari bekas sebuah setor Jabatan Kerja Raya dengan berdindingkan papan dan berbumbungkan zink. Adalah dipercayai dua orang tokoh masyarakat setempat iaitu Cikgu Jaafar Awang dan Cikgu Tn. Hj. Mian bin Abas telah mengasaskan pengujudan dan mentadbirkan sekolah tersebut. Cikgu Hamidon bin Abd. Ghani pula adalah antara guru yang banyak membantu membangunkan sekolah ini pada tahun 50an.

Pengaruh pemerintahan Inggeris, Jepun, Pegangan agama Islam dan budaya Melayu mempengaruhi ke atas sistem pendidikan sekolah sekolah pada masa itu. Ini dapat dilihat dari tenaga pendidikan dari aliran 'Teaching English in Venercular School',Korenjo-Maktab Bahasa Jepun dan Madrasah. Pertumbuhan pesat penduduk dan Pekan Tampoi mempengaruhi pertambahan murid-murid di sekolah ini pada tahun 70an dan 80an. Dengan perkembangan pesat itu tiga buah bangunan baru telah dibina pada 1978 dan 1993 untuk menampung lebih 1450 orang murid.

Pencapaian sunting

Murid-murid sekolah ini mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang beragam dari keluarga petani, nelayan, pekerja dan pentadbirr mendapat pendidikan yang setara mempengaruhi kemajuan sekolah dalam kokurikulum. Beberapa kejayaan dicapai seperti didalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) tahun 1986 dimana 19 orang murid mendapat 5A, 29 orang murid mendapat 4A dan didalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 1989 terdapat 28 orang murid mendapat 5A dan 1992 terdapat 23 orang murid mendapat 4A.

Guru Besar sunting

Sekolah ini telah ditadbirkan oleh lebih kurang 13 orang Guru Besar dari tahun 1943 hingga kini. Guru Besar yang pertama ialah En. Jaafar Awang yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Tn. Hj. Ayub Hj. Noor berkhidmat lebih 10 tahun dan merupakan guru besar yang aktif dan dipilih sebagai Tokoh Guru Daerah Johor Bahru 1995. Sesungguhnya peranan sepadu pentadbir, guru, ibubapa, masyarakat dan pemimpin setempat membolehkan sekolah ini bersaing, berdaya maju dan mencapai kemajuan yang memberangsangkan di kedua-dua bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting
Batu 5 , Tampoi
81200, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072361936
Fax = 6072361936

Pautan luar sunting