Sekolah Kebangsaan Penontomon

Sekolah Kebangsaan Penontomon atau nama ringkasnya SK Penontomon, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Ppd Nabawan,P/S 62,89957 Nabawan..

Sekolah Kebangsaan Penontomon
Lokasi
 Malaysia D/A Ppd Nabawan,P/S 62,89957 Nabawan., 89957, Nabawan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKAMI GOLONGAN INTELEKTUAL
Ditubuhkan1970
Nombor sekolah6087366204
Kod sekolahXBA1105
Faks6087366051
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Penontomon memiliki 26 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 53 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Penontomon telah mula dibina pada tahun 1970 dan siap dibina pada 1971. Pada tahun sebelumnya, kampung ini tidak mempunyai sekolah. Lataran itu terdapat segelintir penduduk kampung yang menyedari akan kepentingan pendidikan terhadap generasi muda iaitu anak-anak mereka.

Oleh itu, penduduk kampung telah mencadangkan supaya sebuah sekolah dapat didirikan di kawasan mereka. Cadangan itu telah diterima baik oleh ketua kampung. Pada masa itu ketua kampung di kampung penontomon ialah K.K Borok Sibawon dan beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan. Tidak berapa lama kemudian, permohonan ini telah diluluskan oleh phak kerajaan. Sementara itu K.K Borok Sibawan telah menyelidiki tempat yang sesuai untuk tapak mendidikan sekolah.

Hasil daripada penyelidikan beliau, maka kampung penontomon adalah tempat yang sesuai kerana terletak di tengah-tengah empat buah kampung iaitu kampung Layon, kampung katalarus, Kampung Susuan dan kampung penontomon sendiri. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua penduduk keempat-empat buah kampung.

Akhirnya melalui projek gotong-royong dari semua penduduk kampung keempat-empat buah kampung, sekolah ini berjaya didirikan dan siap dibina pada tahun 1971 dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Penontomon.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Penontomon
D/A Ppd Nabawan,P/S 62,89957 Nabawan.
89957, Nabawan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087366204
Fax = 6087366051

Pautan luar sunting