Sekolah Kebangsaan Perlok


Sekolah Kebangsaan Perlok atau nama ringkasnya SK Perlok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Menderang.

Sekolah Kebangsaan Perlok
Lokasi
 Malaysia Jalan Menderang, 35600, Sungkai, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan2 Mei 1948
Nombor sekolah6054386911
Kod sekolahABA0019[1]
Guru besarEn. Shuhaili b. Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rosmawati binti Mohd Razali
Penolong Kanan KokurikulumEncik Amarjit Singh a/l Dushan Singh
Faks6054386911
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Perlok memiliki 122 pelajar lelaki dan 119 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 241 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009[1]

Sejarah sunting

Pada 2 Mei 1948, tapak bangunan asas SK Perlok dibina di tengah-tengah Kampung Perlok Lama, berhampiran Sungai Sungkai. Pejabat Pelajaran Negeri Perak menghantar seorang Guru Besar bertauliah iaitu Cikgu Yahya bin Abdul Hamid berkhidmat di situ dengan muridnya seramai 57 orang.

Pada 10 September 1950, bangunan sekolah telah roboh akibat angin ribut. Sekolah Melayu Perlok dipindahkan di bawah rumah seorang penduduk kampung Guntong yang bernama Abdul Rahman bin Hj. Abdul Wahid. Bangunan sementara dibina di kawasan lapang, tanah rizab di Kampung Perlok Lama. Pada 28 Disember tahun yang sama, kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan sebanyak RM700.00 bagi mendirikan semula bangunan sekolah di tapak tanah rizab tersebut.

Pada 2 Februari 1952 pula, Sekolah Melayu Perlok dipindahkan ke Kampung Perlok Baru (tapak sekarang). Sekolah ini dilengkapi dengan sebuah rumah guru dengan kos sebanyak RM1,500.00. Jumlah murid mencecah 91 orang.

Pada 1966, tapak bangunan yang menjadi hak milik kekal dibeli daripada seorang pekebun Cina. Pada tahun berikutnya, bangunan baru dibina di tapak tersebut dan didaftarkan di bawah JKR No.116, Sungkai. Bangunan tersebut siap dan dikenali sebagai Sek. Keb. Perlok, Sungkai. Pada 1 Jun 1967, bangunan baru Sek. Keb. Perlok, Sungkai mula digunakan dengan jumlah murid seramai 191 orang dan 8 orang guru. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, Encik Mohd Khir Johari.

Pada 3 Januari 1984, kerajaan Malaysia telah meluluskan pembinaan dua buah bangunan projek kilat tanpa tandas. Ia menggantikan projek bangunan tiga tingkat yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Tandas lengkap untuk guru dan murid dibina pada tahun 2003.

Era 2000 sunting

SK Perlok telah menerima projek bangunan Makmal Komputer pada tahun 2004. Pada awal tahun 2005, semua bangunan lama sekolah telah dicat semula dengan bantuan pekerja sekolah. Pada pertengahan tahun tersebut juga sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM30,000.00. Dengan peruntukan ini, sekolah membina pagar hadapan sekolah dan garaj serta pondok pengawal keselamatan.

Pada 8 Mac 2006, sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM45,000.00 untuk mengecat semula bangunan sekolah. Pada 22 September 2006, peruntukan untuk membina pagar keliling kawasan diterima sebanyak RM17,000.00. Pada 11 November 2006, sekolah menerima peruntukan segera atas usaha PIBG dan kelulusan YB ADUN Behrang, sebanyak RM10,000.00 untuk membina longkang bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Pada Januari 2007, kelulusan untuk mendirikan pondok bacaan sebanyak RM4,000.00 diterima. Sekolah juga telah dipilih untuk melaksanakan projek Pusat Akses ICT.

Pencapaian sunting

Senarai Guru Besar sunting

  1. Tn. Hj. Yahya b. Hamid : 25 Mei 1948 – 31 Disember 1967
  2. En. Kamarul Zaman b. Hj. Hassan : 1 Januari 1968 – 9 Januari 1973
  3. En. Kamaruddin b. Mat : 10 Januari 1973 – 31 Disember 1979
  4. Tn Hj. Ahmad b. Tasir : 1 Januari 1980 – 8 Ogos 1980
  5. En. Mohammad b. Lebai Ishak : 9 Ogos 1980 – 17 Mei 1983
  6. Tn. Hj. Saiful Yazan b. Salahuddin : 1 Julai 1983 – 27 April 1987
  7. En. Abdul Ghafar b. Musa : 16 November 1987 – 31 Mei 1988
  8. Tn. Hj. Ahmad Rathi b.Abd Hamid : 1 Jun 1988 – 23 Mac 1995
  9. En. Abdul Manap b. Othman : 16 Ogos 1995 – 29 September 1999
  10. En. Mohd Ghazali b. Mansor : 30 September 1999 – 30 Mac 2003
  11. En. Alias b. Hamid : 17 Oktober 2003 – 7 Julai 2004
  12. En. Mohd Mazli b. Mohd Arif : 21 Julai 2004 – 15 September 2009
  13. Pn. Noor Iemah bt Ismail : 16 September 2009 – 15 Februari 2011
  14. Pn. Salmi Bt Ali :16 Februari 2011 – 2012
  15. Tn. Hj Ali Othman B Dayon :2012 – 2013
  16. Hjh. Rohani Bt Abu Bakar : 2013 – 2015
  17. Pn Habsah Bt Bujang Bakar: 2015 – 14 Februari 2018
  18. En. Shuhaili b. Salleh: 15 Februari 2018 – kini

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Perlok
Jalan Menderang
35600, Sungkai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054386911
Faks = 6054386911

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar sunting