Sekolah Kebangsaan Pintas

Sekolah Kebangsaan Pintas atau nama ringkasnya SK Pintas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 931,.

Sekolah Kebangsaan Pintas
Lencana Sekolah
https://commons.wikimedia.org/wikiFile:SK_Pintas_Beaufort.jpg
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 931,, 89808, Beaufort,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA6068
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pintas memiliki 66 pelajar lelaki dan 58 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 124 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini telah dibuka pada 16 Januari 2000 yang diketuai oleh Amit bin Haji Basrin sebagai pemangku Guru Besar dan beberapa orang guru iaitu Abdul Momin bin Haji Salleh, Alinah binti Yussop dan Apar bin Wal dengan jumlah murid seramai 151 orang. Semasa pembukaan sekolah ini, terdapat pemimpin setempat yang turut memberikan bantuan dan kerjasama iaitu Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Haji Osin bin Haji Jilun (Setiausaha politik Timbalan Ketua Menteri, Haji Alok (Ketua Kampung Kubu), Osup bin Haji Jilun (Pengerusi JKKK Kg Pintas Kubu), Napsin bin Aliamat (Setiausaha UMNO Bahagian Beaufort) bersama-sama pegawai pelajaran ketika itu Hadis bin Haji Johari (Pegawai Pelajaran Bahagian Beaufort) dan Kamarlin bin Haji Ombi (Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort). Pada tahun 2002, Tajudin bin Haji Asari telah dilantik sebagai Guru Besar SK Pintas yang baru sehingga 16 Oktober 2001. Mohd Kifflee bin Haji Alli menjalankan tugas Guru Besar di sekolah tersebut bermula pada 16 Oktober 2002 hingga 1 April 2004 sebelum Lakim bin Ag. Damit menjadi Guru Besar sehingga tahun 2007. Amit bin Haji telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini pada September 2007 hingga 2008 dan kemudian diganti oleh Jaludin bin Kassim sebagai Guru Besar SK Pintas yang baru bermula tahun 2008 hingga Mei 2015 sebelum bersara wajib.

Pencapaian sunting

Pencapaian akademik terbaik pada tahun 2002, Norizayu binti Danan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan Mohd Azizul Taufik bin Salleh juga mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2007.

Pencapaian dalam bidang ko kurikulumnya sangat memberansang dengan menjadi Johan Olahraga MSSS Zon Klias pada tahun 2001 iaitu setahun selepas dibuka dengan Fahirdah binti Abdul Rahman dan Mohd Hairul bin Muhayan dipilih sebagai Olahragawati & Olahragawan MSSS Zon Klias 2001 di SK Kekoru. Pada tahun 2001 juga, Fahirdah binti Rahman telah menjadi Olahragawati MSSS Daerah Beaufort & MSSS Bahagian Beaufort. Fahirdah juga bertanding dalam acara 100M, 200M 4x100M & 4x200M dalam Kejohanan Olahraga & Balapan MSSS Negeri Sabah 2001. Yuzinainah binti Tarain juga berjaya dipilih mewakili pasukan bola tampar MSSS Bahagian Beaufort di Beaufort pada Kejohanan Bola Tampar MSSS Negeri Sabah 2001.

Pasukan Bola sepak Bawah 12 Tahun SK Pintas juga pernah mewakili daerah Beaufort dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSS Bahagian Beaufort di Sipitang pada tahun 2002.

Pada tahun 2004, Erfiza binti Kurus berjaya menjadi Olahragawati MSSS Zon Klias, MSSS Daerah Beaufort & MSSS Bahagian Selatan sebelum bertanding dalam kejohanan Olahraga & Belapan MSSS Peringkat Negeri Sabah dalam acara 100M & 200M.

Permainan catur sudah bermula di SK Pintas pada tahun 2007 dengan penyertaan 2 orang pemain lelaki setakat peringkat daerah Beaufort sahaja tetapi menjadi sukan dominan sejak tahun 2011. Sejak tahun 2011 hinggalah tahun 2015, SK Pintas adalah Johan Catur Sekolah Rendah MSSS Peringkat Daerah Beaufort dan berjaya melahirkan ramai pemain-pemain catur yang berjaya bertanding sehingga peringkat kebangsaan iaitu Kejohanan Catur MSSM. Antara pemain catur yang berjaya mengukir kecemerlangan adalah seperti berikut: Nurhazah Adilah Hamidi, Nurhazah Aqilah Hamidi (kedua-duanya pernah bermain di peringkat Kejohanan Catur MSSM), Nurul Farazilah Abd Samat berjaya bertanding di Kejohanan Catur MSSM peringkat Negeri Sabah 2011 di SMK Ranau II. Pada tahun 2012 seramai 5 orang pemain catur sekolah ini berjaya bertanding di Kejohanan catur MSSM Peringkat Negeri Sabah 2012 di SMK Kota Marudu II iaitu Nurul Farazilah Abd Samat & Nur Diana Mohd Razali bagi kategori perempuan dan Hardi Ahmad, Shamsahaizal Aslani serta Hamizan Majid Hamidi bagi kategori lelaki. Pada tahun 2013, hanya 3 orang sahaja yang berjaya bertanding di Kejohanan Catur MSSM Peringkat Negeri Sabah 2013 di SMK Keningau II iaitu Hamizan Majid Hamidi, Mohd Asri & Nor Asikin Azman. Pada tahun 2014, hanya 2 orang sahaja yang bertanding di Kejohanan Catur MSSM Peringkat Negeri Sabah 2014 di SMK Padang Berampah, Sipitang iaitu Hamizan Mjid Hamidi & Nur hana Aqilah Mohd Tahir. Pada tahun 2015 hanya seorang sahaja yang bertanding di Kejohanan Catur MSSM Peringkat Negeri Sabah 2015 di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran iaitu Siti Nurul Zyanty Basrin.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pintas
Peti Surat 931,
89808, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting