Sekolah Kebangsaan Pontian Besar

Sekolah Kebangsaan Pontian Besar atau nama ringkasnya SK Pontian Besar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Parit Ibrahim.

Sekolah Kebangsaan Pontian Besar
Lokasi
 Malaysia Jalan Parit Ibrahim, 82000, Pontian,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUSAHA, JAYA
Nombor sekolah6076860572
Kod sekolahJBA6028
Faks6076860572


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pontian Besar memiliki 121 pelajar lelaki dan 124 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 245 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Pada tahun 2023, bilangan pelajar telah bertambah kepada 353 orang termasuk pra sekolah. Seramai 168 pelajar lelaki dan 163 pelajar perempuan. Bilangan guru seramai 26 orang, staf 3 orang.

Sejarah sunting

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun  1918. Oleh Kerana Ketiadaan bangunan , ia telah menumpang di rumah Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Koris yang terletak di Pekan Pontian Besar.

        Pada tahun  1919, Sekolah Kebangsaan Pontian Besar telah berpindah ke sebuah balai di perkarangan rumah Allayarham Tuan haji Hassan Bin Koris.

        Pengasas sekolah ini ialah

i)                  Tuan haji Hassan Bin Koris

ii)                Tuan haji Ibrahim Bin Koris dan

iii)              Tuan haji Gudang

Tuan haji Ibrahim Bin Koris adalah ketua kampung Parit Ibrahim pada ketika itu.


           Pada tahun 1925, sekali lagi sekolah kebangsaan Pontian besar telah berpindah ke bangunan barunya yang telah dibina sepanjang 18 meter. Bangunan ini diperbuat daripada kayu, bertiangkan batu dan beratapkan genting. Ia telah dibina oleh kerajaan di atas tahan Lot 3709 seluas 1 hektar di Jalan Parit Ibrahim, Pontian Besar. (sekarang ini menjadi Bangunan sekolah 4 tingkat, SMK Sri Perhentian)

           Guru Besar yang pertama bagi sekolah ini ialah En. Miad Bin Abdullah. Beliau telah berkhidmat dari tahun 1918 hingga 1923. Sehingga tahun 2002 seramai 17 orang telah menjadi Guru Besar.


           Pada tahun 1983, sebuah bangunan baru dua tingkat telah di bina di atas sekeping tanah di Lot 2383 seluas 2.25 hektar yang mana perbelanjaannya RM526 000.  Bangunan ini mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat, bilik guru besar, bilik guru, perpustakaan dan sebuah kantin.

           Bangunan ini telah mula digunakan pada 9 Januari 1983. Semasa Penubuhan sekolah ini, murid yang belajar seramai 16 orang. Pada tahun 2002 telah dibina blok baharu 4 tingkat dan siap pada tahun 2004.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pontian Besar
Jalan Parit Ibrahim
82000, Pontian
Johor, Malaysia
Telefon = 6076860572
Fax = 6076860572

Pautan luar sunting