Sekolah Kebangsaan Poring-Poring

Sekolah Kebangsaan Poring-Poring atau nama ringkasnya SK Poring-Poring, merupakan sebuah Sekolah Kerajaan yang terletak di Kampung Poring-Poring, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Sekolah Kebangsaan Poring-Poring
Lokasi
W.D.T 48, 89350, Inanam,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088271202
Kod sekolahXBA4034
FaksTIADA


Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Poring-Poring memiliki 27 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 46 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru, satu (1) orang Pembantu Tadbir dan satu (1) orang Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah.2009

Sejarah sunting

PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Poring-Poring diasaskan pada tahun 1968. Asalnya hanya sebuah bangunan 20’ X 40’ beratapkan zink, berdindingkan bamboo dan berlantaikan tanah serta meja dan kerusi murid dibuat daripada bambu yang dibina oleh penduduk kampung. Sekolah ini ditubuhkan untuk menangani masalah perhubungan pelajar yang terpaksa berjalan kaki sehingga 9 batu ke Sekolah Kebangsaan Tombongon dan Sekolah Kebangsaan Kokol dengan melalui kawasan hutan dan mengharungi Sungai Tombongon sehingga 13 kali.

Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak sekitar Kampung Poring-Poring, Kampung Ulu Babagon, Kampung Bambangan, Kampung  Bambangan Baru, Kampung Pinahaon Kinasaraban, Kampung Gampapas, Kampung Pinahaun, Kampung Sinagang, Kampung Kalasunan / Kirogimot dan Kampung Marahang. Jumlah pelajar pada masa itu ialah 35 orang dengan seorang guru.

Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Poring-Poring kerana tapak kawasan untuk mendirikan sekolah ini dipenuhi dengan bambu, maka sekolah ini telah diberi nama berdasarkan kepada perkataan “Poring”, di mana dalam bahasa Dusun, ianya bermaksud bambu.

SEJARAH SEKOLAH

Pembinaan sekolah oleh kerajaan telah dimulakan pada tahun 1971 di tanah seluas 4.19 ekar. Pembinaan sebuah bilik darjah, sebuah rumah guru dan 2 unit tandas menelan kos sebanyak RM14,500.00 Pada tahun 1972, 2 buah lagi rumah guru baru dibina. Pada jam 3 petang, 6 Julai 1973, bangunan bilik darjah yang telah dibina menggunakan kayu dengan kerjasama penduduk kampung ini telah roboh akibat ribut. Murid-murid tidak dapat meneruskan pelajaran selama beberapa bulan sehinggalah sebuah bangunan sementara dibina oleh penduduk kampung menggunakan saki-baki bangunan yang telah roboh itu. Walaubagaimanapun apabila hujan turun, bilik tersebut akan dipenuhi dengan air.

Oleh itu, pada tahun 1974 pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah membina gentian 2 buah bilik darjah dan 2 unit tandas baru dengan kos RM23,000.00. Sekolah baru yang berlantaikan simen itu telah siap dibina pada tahun 1975. Pada tahun tersebut, bilangan murid yang mendaftar masuk meningkat sehingga 110 orang. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan bilik darjah dan kekurangan rumah guru. Bagi mengatasi masalah itu, penduduk kampung telah mengadakan kutipan wang dan gotong-royong untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah dan dua buah rumah guru.

Akhirnya, pada tahun 1984 Jabatan Pendidikan Sabah telah membekalkan bahan mentah bagi pembinaan 3 buah bilik darjah dan 2 unit rumah guruyang dibina secara giting-royong oleh penduduk kampung. Bangunan ini dirasmikan oleh Y.B. Marcel Leiking, wakil rakyat kawasan Inanam.

Pada tahun 2000, pembinaan 3 buah bilik darjah dan 2 unit rumah guru baru telah dilaksanakan. Bangunan Prasekolah pula telah dibina pada tahun 2010.

Pencapaian sunting

Sekolah ini pernah mendapat tempat ketiga Anugerah Kualiti Y.B. Menteri Pendidikan Tahun 2000 bagi Kategori Sekolah Pedalaman.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Poring-Poring
W.D.T. 48,
89350 Inanam,
Sabah, Malaysia.
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Email = xba4034@gmail.com

Pautan luar sunting