Sekolah Kebangsaan Pos Gedong

Sekolah Kebangsaan Pos Gedong atau nama ringkasnya SK Pos Gedong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 20.

Sekolah Kebangsaan Pos Gedong
Lokasi
Peti Surat 20,, 35500, Bidor, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahABA0125
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pos Gedong memiliki 62 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 109 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pos Gedong terletak di Pos Gedong, Bidor, negeri Perak. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1962 di kawasan pendalaman Banjaran Titiwangsa di Mukim Bidor. Sekolah ini pada asalnya telah didirikan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang terdiri dari satu bangunan yang di perbuat dari kayu hutan, berdindingkan buluh, beratapkan zink dan berlantaikan simen. Bangunan yang berukuran 20’ x 60’ itu telah menempatkan dua bilik darjah. Ketika itu tenaga pengajar adalah dari pegawai-pegawai JHEOA sahaja.

Pada tahun 1996, sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah pengawasan Jabatan Pendidikan Perak. Sejak itu kemajuan sekolah mula kelihatan sedikit demi sedikit. Murid mula bertambah kepada 46 orang dengan membuka kelas dari tahun satu hingga tahun tiga.

Ketika itu guru terlatih dari Maktab-Maktab Perguruan telah mula dihantar ke sekolah dan Pegawai JHEOA yang mengajar telah dihantar menghadiri kursus secara KDC dibidang perguruan oleh Kementerian Pendidikan. Kedudukan sekolah ini amat jauh dipendalaman, ia hanyalah mampu dilawati dengan menggunakan pacuan empat roda atau motosikal. Jaraknya dari pekan Bidor ialah sejauh 28 km iaitu dengan melalui jalan hutan/denai yang berbukit-bukau dan terpaksa mengharungi tiga batang sungai yang deras tanpa jambatan yang mengambil masa 1 jam 30 minit bagi sesuatu perjalanan.

Walau bagaimanapun, sekolah ini tidaklah ketinggalan dari sekolah-sekolah moden seperti sekarang. Pada tahun 1999, sekolah ini telah ada kemudahan rumah guru dari kelas E dan F terdapat satu bangunan tambahan dari papan untuk membuka satu lagi kelas dan bagunan kantin. Dua blok bangunan yang telah dibina dan siap pada tahun 2000. Terdapat 6 kelas harian, 1 makmal, 1 Pusat Sumber, 1 Pejabat, 1 Bilik Gerakan dan Padang.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pos Gedong
Peti Surat 20
35500, Bidor
Perak,   Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting