Sekolah Kebangsaan Pos Perwor

Sekolah Kebangsaan Pos Perwor atau nama ringkasnya SK Pos Perwor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lasah.

Sekolah Kebangsaan Pos Perwor
Lokasi
 Malaysia Lasah, 31100, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6057761184
Kod sekolahABA4050
FaksTIADA
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pos Perwor memiliki 89 pelajar lelaki dan 118 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 207 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Dalam tahun 1968, Pos Perwor telah diwujudkan dengan gabungan majmuk masyarakat Asli Temiar terdiri dari penduduk Kg Saseh, Kg Satut, Kg Kelatab, Kg Talang, Kg Lanar, Kg Chenglek dan Kg Takong. Terletak diantara Sungai Temor dan pertemuan Sungai Pelus di situ.

Berbekalkan tanah yang berkeluasan 5 ekar, JHEOA telah membina sebuah sekolah di Pos Perwor dengan penuh kesukaran. Dimana, bahan-bahan binaan hanya boleh dibawa masuk ke Pos Perwor melalui udara dengan menggunakan helikopter. Ini kerana pada masa itu tiada kemudahan jalan darat. Bangunan yang didirikan hanyalah 3 buah kelas, bilik masak dan 4 buah rumah untuk guru dan pentadbir.

Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini, dimana Guru Besar pertamanya ialah En Kamarulzaman Bin Hj Adam dengan tenaga gurunya seramai 4 orang serta muridnya yang seramai 70 orang murid.

Seterusnya pada tahun 1994, pentadbiran sekolah diterajui oleh  GB En.Abdul Mutalib bin Yahya sehingga tahun 2011. Era beliau, sekolah telah mengalami perkembangan drastik seiring dengan pertambahan kadar kapasiti murid. Blok Asrama dan Dewan Makan telah dapat didirikan untuk menampung jumlah murid dan juga kakitangan sekolah. Dalam tahun 2011, dibawah urus tadbir GB Ust.Khairul Anuar bin Hashim, beliau terus meneraju kecemerlangan sekolah menerusi Program j-QAF dan asasi jawi.

Pada Januari 2017, GB En.Mohamad Ibrahim bin Ngah Sahib telah memegang peranan yang cukup besar dengan mempromosikan SK Pos Perwor ke dalam peta destinasi peminat seni dan budaya demi untuk menghebahkan kebudayaan masyarakat Temiar Pos Perwor ke dunia luar.  Usaha tidak putus beliau telah membuahkan keberhasilan yang hebat dan berkesan.

Nakhoda SK Pos Perwor telah diteraju pula oleh pentadbir baharu iaitu GB En. Abdul Harrith bin Abdul Wahab pada Ogos 2018 sehingga kini.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pos Perwor
Lasah
31100, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057761184
Fax = TIADA

Pautan luar sunting