Sekolah Kebangsaan Pujut Corner

Sekolah Kebangsaan Pujut Corner atau nama ringkasnya SK Pujut Corner, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pujut 1, Miri, Sarawak.

Sekolah Kebangsaan Pujut Corner
Lokasi
Jalan Pujut 1, 98000 Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoFly Pujut Fly, Fly Higher
Nombor sekolah6085652750
Kod sekolahYBA4106
Pengerusi PIBGEncik Indra bin Hussin
Guru besarCik Suriyati binti Amit
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Suraya Binti Wahap
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCik Jenny Uring Ajang
Penolong Kanan KokurikulumEncik Aleff bin Ghani
Faks6085652750
Laman sesawang


Pada 2018 (Januari), Sekolah Kebangsaan Pujut Corner memiliki 544 pelajar lelaki dan 466 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1010 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2018

Sejarah sunting

Sekolah Rendah Kebangsaan Pujut Corner, terletak di Jalan Pujut 1 dan lebih dikenali sebagai Pujut Sesco. Pemilihan nama sekolah bersesuaian dengan lokasinya di kawasan Pujut. Walau bagaimanapun, kewujudan sekolah ini, di sudut lima perkampungan berbagai kaum, amatlah bermakna sekali kepada anak-anak setempat.

Menurut pengasas sekolah ini, Tuan Haji Moksin Sidi, penubuhan sekolah ini adalah sangat penting kerana ramai di antara anak-anak penduduk kampung tidak dapat ke sekolah. Lagipun pada masa itu, tidak ada sekolah yang berdekatan dengan kampung. Tambahan lagi pengangkutan ke sekolah yang terdekat sangat susah. Anak-anak yang pergi ke sekolah terpaksa meredah hutan bakau untuk ke jalan Miri-Kuala Baram supaya dapat menaiki bas sama ada bersekolah di Miri atau di Lutong. Oleh itu, pihak kerajaan telahpun meluluskan permintaan penduduk kampung supaya sebuah sekolah di kawasan Pujut dibina.

Pada tahun 1965, bangunan satu tingkat telah didirikan hasil kerjasama penduduk kampung di kawasan berkenaan.

Sekolah baru ini hanya menempatkan seramai 70 orang murid dan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar iaitu Cik Ngui Siew Len serta dibantu oleh Encik Wan Bujang Wan Sagap. Pada ketika itu pengurusan sekolah ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Miri ( MPM ).

Memandangkan bilangan murid semakin bertambah setiap tahun maka pihak kerajaan bersetuju untuk membina sebuah bangunan setingkat di hadapan blok asal. Pada tahun 1983, bilangan murid-murid menjangkau ke angka 800 orang. Bilik kelas mula penuh sesak. Pada tahun yang sama sekolah ini terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan.

Tahun demi tahun, kawasan Pujut kian pesat membangun. Jalan raya mula diturap dan kampung-kampung tidak lagi kegelapan. Hutan bakau kian pupus ditelan zaman. Orang ramai semakin banyak mendirikan rumah-rumah di kawasan Pujut. Oleh itu, dua blok bangunan lama tidak dapat menampung kanak-kanak yang dahagakan ilmu. Maka pada tahun 1988, satu blok bangunan dua tingkat telah didirikan. Walau bagaimanapun, sekolah ini tetap mengadakan masa persekolahannya dua sesi.

Pada tahun 1988, Sekolah Rendah Kebangsaan Pujut Corner mendapat jiran baru dengan kewujudan sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Baru. SMK Baru terpaksa meminjam beberapa blok sekolah. Sesi persekolahan dijalankan untuk dua sesi sehingga tahun 1999 apabila SMK Baru berpindah ke Lopeng Tengah, berdekatan dengan Hospital Umum, Miri. Mulai tahun 2000 SK Pujut Corner mengadakan satu sesi sahaja.

Sekolah Kebangsaan Pujut Corner adalah sekolah SK yang terbesar bilangan muridnya di bahagian Miri pada tahun 1994, iaitu seramai 1,040 orang murid (Retan bulanan bulan Ogos 1994). Bilangan kakitangannya adalah seramai 47 orang.

 Pada tahun 1992, sekolah ini menjadi Rintis Prasekolah KPM (Prasekolah Diligent) dan pada tahun 2000, kelas Prasekolah Smart ditambahkan.

Bilangan murid semakin berkurang apabila kerajaan tempatan memindahkan penduduk ke kawasan Tudan & Permyjaya. Walau bagaimanapun bilangan murid masih tinggi. Pada tahun 2018, bilangan murid adalah seramai 1,010 (Januari) orang dengan kakitangan seramai 60 orang guru dan 7 orang AKS.

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Secara ringkasnya,sekolah ini amat menitik beratkan bidang kokurikulum di kalangan pelajar antara pencapaian kokurikulum sekolah ini ialah,6 kali.juara pertandingan tarian sekolah rendah peringkat Miri dari 2010-2015, tempat ke 3 kategori tarian etnik peringkat kebangsaan di Bintulu 2013, tempat ke 2 pertandingan bola jaring peringkat Bahagian Miri 2017, dan banyak lagi pencapaian yang boleh dibanggakan warga sekolah ini.

Alamat sunting

SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT CORNER

JALAN PUJUT 1,

98000 MIRI,

SARAWAK,

MALAYSIA

TELEFON : +6085652750

FAKS : +6085652750

ALAMAT EMEL RASMI SEKOLAH : yba4106@moe.edu.my

FACEBOOK RASMI SEKOLAH : www.facebook.com/yba4106

Pautan luar sunting