Sekolah Kebangsaan Pulai, Melaka


Sekolah Kebangsaan Pulai atau nama ringkasnya SK Pulai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 16, Kampung Pulai.

Sekolah Kebangsaan Pulai
Lokasi
 Malaysia Km 16, Kampung Pulai, 77300, Merlimau, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Dan Beramal
Nombor sekolah6062619268
Kod sekolahMBA1018
PengetuaMustapah bin Omar
Faks6062619089
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulai memiliki 302 orang pelajar lelaki dan 328 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 630 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Pulai terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Melaka Bandaraya Bersejarah dan 5 kilometer dari pekan Merlimau. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Pulai. Kampung Pulai pula dinamakan sempena nama sebatang pokok pulai. Pokok Pulai ialah sejenis pokok yang besar, rendang dan kayunya ringan sesuai untuk dibuat perahu.

Sekolah Kebangsaan Pulai mula didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Pulai pada 6 Ogos 1946, hari Selasa bersamaan 1365 H di atas sebidang tanah milik Tuan Haji Md Nor.

Pencapaian sunting

Dalam Peperiksaan UPSR 2011, seramai 12 orang murid telah mendapat 5A. GPS sekolah pula bertambah baik iaitu 1.98 dan yang terbaik di kawasan Merlimau.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pulai
Km 16, Kampung Pulai
77300, Merlimau
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062619268
Faks = 6062619089

Pautan luar sunting

Laman Blog Rasmi SK Pulai