Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu

Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu atau nama ringkasnya SK Pulau Melayu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6085423350
Kod sekolahYBA4108
Faks6085423350


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu memiliki 118 pelajar lelaki dan 109 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 227 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

SejarahSunting

Asalnya sekolah ini dibina di atas sebidang tanah kepunyaan ketua kampung, Sebuah pondok papan berdinding separuh yang beratapkan daun nipah dibina pada tahun 1960 an dengan menggunakan kawasan rumah Ketua Kampung, Tuan Haji Awang Mohidin Bin Awang Yusuf. Pada tahun 1970an sebuah bangunan kayu dibina berhampiran padang bola sepak kampung berhampiran jalan utama bagi menggantikan pondok lama sekolah. Bilangan kelas juga bertambah, dari tiga buah kelas menjadi lima buah kelas.

Pada tahun 1980an bangunan tambahan kelas dibina untuk menampung jumlah murid yang bertambah. Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1988 dengan menambahbaik fasiliti sekolah dengan menwujudkan bilik guru, bilik sumber sekolah, stor buku teks dan rak untuk alat bantu mengajar. Selepas 1995 bangunan ini diubah menjadi 3 unit berek rumah guru untuk keperluan guru dari luar Miri. Pada tahun 2008 bangunan ini mendapat penyelengaraan dan salah satu darinya (Bilik No, A) dijadikan bilik j-QAF untuk kegunaan murid.

Pada tahun 1995, bangunan konkrit dibina sebanyak 4 blok bagi memenuhi penempatan murid-murid yang semakin bertambah setiap tahun. Bangunan ini merangkaumi empat bilik akademik (Kelas), pejabat pentadbiran, makmal sains, bilik Kemahiran Hidup dan beberapa buah bilik serbaguna. Pada Penghujung tahun 1996, bangunan baru digunakan sepenuhnya untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentabidarn sekolah setelah kemudahan asas seperti kipas angin, air dan lampu disediakan.

Sehingga ke tarikh hari ini (01.01.2018) sekolah telah dilengkapi dengan Pusat Akses di Perpustakaan sekolah (Blok C) dan sebuah Makmal Komputer, yang lengkap dengan peralatan ICT. Blok lama sekolah (blok berdinding papan) telah diubahsuai menjadi dapur dan Dewan Rancangan Makanan Tambahan dan sebuah Kelas Pra sekolah.

SENARAI GURU BESAR

BIL Nama Guru Besar Tempoh berkhidmat
1 En Abdul Rahman Bin Nasir 1960 – 1967
2 En Denin Fredericks 1968 – 1972
3 En Ibrahim Bin Amir 1972 – 1974
4 Tn Haji Taiee Bin Ibrahim 1975 – 1977
5 Tn Hj Hamdan Bin Mohidin 1978 – 1980
6 Sheikh Naimullah Sheikh Aminullah 1981 – 1983
7 En Bujang Bin Bakeri 1984 – 1988
8 En Awang@Ibrahim Bin Ahmad 1989 – 1993
9 En Ang Boon Siang 1994 – 1996
10 En Wan Sallem Bin Tuanku Taibu 1997 – 2003
11 Pn Fatimah Binti Hj Nawi 2003 – 15.12.2013
12 En Kamuruddin Bin Salem 16.12.2013 – 20.04.2019
13 Pn Zuraidah Binti Ahmat 21.04.2019

PencapaianSunting

Pada tahun 2013,Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu telah mendapat tempat 6 dalam pencapaian UPSR.

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Miri
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085423350

Pautan luarSunting

Pada tahun 2015,seramai 7 orang dari tahun 6 Yakin ialah sasaran untuk mendapat 5A dalam UPSR 2015.~Semoga murid Tahun 6 Yakin berjaya~.