Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 atau nama ringkasnya SK Puncak Alam 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gugusan Alam 7/1,Seksyen 7.

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2
Lokasi
 Malaysia Jalan Gugusan Alam 7/1,Seksyen 7, BDR PUNCAK ALAM, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah333936961
Kod sekolahBBA3035
Faks333936045


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam memiliki 1466 pelajar lelaki dan 1396 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2862 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam(2) (SKPA2) merupakan sebuah sekolah kebangsaan terletak di Jalan Gugusan Alam 7/1, Bandar Puncak Alam, dalam Mukim Jeram, daerah Kuala Selangor. Sekolah ini dibina di atas projek secara “design and build” dengan perbelanjaan RM 11 juta. Pembinaan sekolah ini dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimajukan oleh Puncak Alam Housing Sdn Bhd. Keindahan SKPA (2) berkait rapat dengan struktur lanskapnya yang bertingkat kerana tanah yang ditarah dan ini menjadikan sekolah ini lebih menarik. Institusi pendidikan ini mempunyai 6 blok bangunan utama. Di samping itu, terdapat bangunan khas yang dibina sama di atas tanah seluas 9 ekar ini iaitu Dewan Besar, 2 buah bangunan Prasekolah, surau, pondok basikal dan tempat menunggu bas.

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2) telah menerima lantikan pertama Guru Besar iaitu pada 16 Mei 2004 di bawah pimpinan Tuan Haji Muhammad Adzhar bin Haji Alias. Pada 1 Jun 2004 Penolong Kanan Kurikulum dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula telah dilantik . Manakala pada 1 Ogos 2004, seorang Penolong Kanan Kokurikulum telah memulakan tugas di sekolah ini. Jawatan Penyelia Petang pula bermula pada 1 Februari 2005 apabila persekolahan sidang petang bermula. Sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada 14 Jun 2004 dengan jumlah murid seramai 973 orang murid, 48 orang guru, 2 orang kakitangan sokongan dan 26 kelas. Pada tahun 2004, sekolah ini menampung jumlah murid seramai 985 orang iaitu daripada murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja bagi memulakan persekolahannya. Namun, selepas 12 tahun beroperasi iaitu pada 2016, bilangan murid ialah seramai 2270 orang dengan jumlah kelas sebanyak 61 buah.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah diluluskan pendaftarannya pada 17 Mei 2005. Pada Oktober 2016, PIBG telah melakar sejarah setelah mendapat penarafan 5 Bintang dalam Pertandingan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan seterusnya mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan pada November 2016. Hubungan yang baik dan padu antara ibubapa dan guru adalah kunci kepada keharmonian dan kekuatan sekolah untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan sejak 2004 sehingga kini.Temasya Sukan Tahunan kali pertama pula telah diadakan pada 17 dan 18 September 2005, manakala Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) dimulakan pada setiap hujung tahun iaitu bermula pada tahun 2004 diikuti Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (HAKAKO).

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya diraih oleh SKPA (2) semenjak tahun 2004 sehingga kini, meliputi peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa sama ada dalam kurikulum. Kokurikulum mahupun ko-akademik.

Pada 1 Mac 2015 sejarah baru tercipta bagi sekolah ini apabila diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di bawah Kebitaraan Bahasa Melayu dan Kebudayaan (Senitari).

Sejarah SKPA (2) terus cemerlang sehingga kini , hasil daripada komitmen tinggi warga sekolah termasuk murid-murid, para guru, kakitangan sokongan, para pentadbir dan juga ahli PIBG. Semoga SK Puncak Alam (2) terus cemerlang dalam mewujudkan kemenjadian murid yang bakal memimpin keluarga, agama, bangsa dan negara selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah berjaya menerima pelbagai kejayaan dan menempuh segala dugaan..ia juga mnjadi penyebab sekolah ini mndpt gelaran sekolah kluster kecermelangan

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2
Jalan Gugusan Alam 7/1,Seksyen 7
Selangor, Malaysia
Telefon = 333936961
Fax = 333936045

Pautan luar sunting